6 Kesan Psikologi Ibu Bapa Mencium Anak Anak Yang Patut Anda Ketahui

Kita diberikan rasa sayang dan belas kasihan kepada bayi dan kanak-kanak. Sangat sempurna sekali apabila sebuah keluarga merasakan kehangatan dan kebahagian diantara mereka. Gelak, tawa, canda dan tangis kanak-kanak menjadi penyeri yang mewarnai hubungan suami isteri dan mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga. 



gambar hiasan

Pada zaman sekarang ini ramai sekali kes penderaan bayi, kanak-kanak yang kita dengar di media massa dan juga television. Tentunya kita merasakan sangat marah dan benci atas perbuatan segelintir orang yang berbuat demikian kepada kanak-kanak. Ajaran Islam mengajarkan kita agar berbuat lemah lembut kepada kanak-kanak. Mencium kanak-kanak adalah sangat digalakkan dan sangat bermanfaat sekali kepada minda dan perkembangan mereka. Ciuman dapat megeratkan hubungan kekeluargaan dan sebagai bukti kasih sayang kita kepada mereka. Secara psikologi, anak-anak yang selalu diberikan ciuman lebih berdisiplin berbanding dengan anak-anak yang tidak pernah dicium.



jadikan simanja menjadi teman

Berikut ini adalah 6 kesan Ibu Bapa Mencium Anak
  • Sifat lembut dan mulia akan tumbuh subur dalam hati anak-anak. Anak-anak akan sentiasa merasa disayangi dan membentuk hati mereka menjadi insan yang berperilaku mulia dan terpuji serta bersopan santun.
  • Memberi kesan kepada kedisiplinan anak-anak agar menjadi insan yang berhati baik dan mulia
  • Bertambah eratnya hubungan anak-anak dan ibu bapa. Tak kala berjauhan akan merasakan rindu.
  • Menjadikan ibu bapa sebagai kawan dan tidak segan untuk menceritakan atau berkongsi semua masalah yang mereka hadapi kepada ibu bapa. Mereka menjadikan ibu bapa tempat mengadu.
  • Anak-anak tidak akan menderhaka kepada ibu bapa kerana merasa malu dan serba salah apabila melakukan kesalahan
  • Kanak-kanak akan sentiasa menjaga nama baik ibu bapa dengan tidak melakukan perkara yang akan menjatuhkan maruah orang tua seperti, mencuri, bergaduh, menjamah dadah atau pun melakukan perbuatan yang buruk lainnya. 


pupuklah hubungan baik dengan si manja

Sangat besar dampak mencium ini kepada anak-anak kita. Sebagai ibu bapa yang baik luangkanlah masa untuk mendekati anak-anak anda dan menjadikan budaya mencium ini sebagai amalan setiap hari. Sudah pasti apabila anda melakukan dan mempraktikannya dalam kehidupan sehari-hari akan lebih mengeratkan lagi kasih sayang diantara ahli keluarga.





Anak-anak yang ceria adalah anak-anak yang sihat dan juga dipenuhi oleh kasih sayang ahli keluarga. Mereka akan tumbuh besar dengan rasa tanggung jawab yang tinggi dan sangat berdisiplin selain percaya kepada diri sendiri dan jauh dari sikap yang negatif.


Comments

  1. apatah lagi cium bayi yang baru lahir. Baunya macam bau syurga! :)

    ReplyDelete
  2. Memang wajib cium anak tiap-tiap hari. Alhamdulillah mereka pun suka dicium- masih manja walaupun dah meningkat dewasa kedua-duanya.

    ReplyDelete
  3. terima kasih Bu Nila atas peringatannya

    ReplyDelete
  4. Thanks nila... in shaa Allah sentiasa amalkannya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dilema Senggugut Bakal Pengantin

Adakah Anda Tahu Manfaat Sentuhan Kulit Ke Kulit Untuk Ibu Dan Bayi Selepas Kelahiran

Karnival Upin Ipin Picc Putrajaya 2014 Semakin Meriah