Sekurang Kurangnya 400 mcg Asid Folik Yang Di Perlukan Untuk Ibu Hamil

Begitu pentingnya pengambilan asid folik kepada ibu hamil. Asid folik sangat penting dalam pembentukan otak dan sistem saraf tunjang kita. Kecacatan contohnya anencephaly (ketiadaan tempurung kepala), Spina bifida (penyakit saraf tunjang), boleh diturunkan risikonya dengan pengambilan asid folik seawal sebulan sebelum hamil. Ini bermakna mana-mana wanita yang sudah bersedia untuk hamil disarankan untuk mengambil pil asid folik ini. Malah, wanita yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan di atas disarankan memulakan pengambilan pil asid folik ini tiga bulan sebelum hamil. Ia hendaklah diteruskan sehingga kehamilan berusia tiga bulan. Selepas itu, memandangkan pembentukan otak dan sistem saraf sudah selesai, asid folik tidak lagi memberikan kesan pencegahan kecacatan ini. bayi yang kekurangan asid folik Asid folik menolong bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub nueral) seperti Spina bifida . Spina bifida berl