Kepentingan Insuran Untuk Diri Dan Keluarga

Sebagaimana kita ketahui bersama bahawa ajal, maut, rezeki ada ditangan Allah Swt. Apa yang akan terjadi pada hari esok tiada siapa yang akan tahu. Begitu juga dengan kematian ataupun dengan kemalangan yang terjadi kepada kita ataupun insan-insan yang kita sayangi. Hari ini saya akan sedikit berkongsi dengan anda semua tentang perlunya kita membuat persiapan untuk masa depan orang-orang tersayang dan juga diri kita sendiri, dengan melindungi diri dan keluarga dengan insuran. Banyak orang yang tidak mengambil berat tentang insuran ini. Mereka selalu berpendapat tidak perlu adanya insuran. Tetapi bagi saya ianya sangat perlu, kerana apabila terjadi sesuatu kepada kita, kitapun sudah mempunyai sesuatu untuk persiapan. Bayangkan jikalau terjadi mengejut kepada kita suatu yang tak diingini dan masa yang sama kita tidak mempunyai wang untuk keperluan itu. Alangkah susahnya kita pada saat itu kan.. Mungkin kita ada rumah, kereta ataupun barang kemas pada masa itu, tapi semua itu tidak