Posts

Showing posts from May 11, 2014

TANDA-TANDA IBU HAMPIR BERSALIN

Image
Tanda-tanda ibu hampir bersalin. Pada hujung kehamilan kebanyakan para ibu mengandung banyak yang merasa gementar kerana hari melahirkan bayi hampir dekat. Apalagi bagi ibu yang akan mengalami pengalaman pertama bersalin. Bagi ibu yang sudah mengalami pengalaman bersalin sebelumnya pula akan sedikit bersedia kerana telah mengalami detik-detik bersalin sebelumnya. Walau bagaimanapun deti-detik bersalin memang saat-saat berdebar bagi semua ibu. Tak sabar untuk menatap buah hati yang dikandungkan selama 9 bulan. Kehamilan akan berakhir dengan kelahiran. Biasanya proses kelahiran di dahului oleh beberapa tanda. Melalui proses kelahiran ini segala hadil kehamilan iaitu janin, air ketuban, uri dan tembuni terpisah dan dikeluarkan dari rahim melalui faraj ke dunia. Oleh kerana proses kelahiran itu melibatkan seluruh anggota anda, maka keadaan fizikal yang baik dan kawalan emosi sangat perlu di samping keupayaan otot-otot mengeluarkan janin. Apa yang menyebabkan kelahiran berlaku de