Gagal Bendung Gejala Buli Di kalangan Pelajar Sekolah

Belakangan ini selalu kita dengar gejala buli semakin berleluasa dikalangan pelajar. Apakah yang menjadikan pelajar terbabit melakukan perkara yang sangat keji itu. Apakah orang tua dan guru disekolah kurang memantau atau sama sekali tak perduli dengan pelajar yang melakukan gejala buli ini ? Kes buli yang melibatkan pelajar sekolah bukanlah hal yang kecil kerana sudahpun mendapat perhatian seluruh masyarakat di Malaysia ini. Hal ini terjadi kerana gejala buli sudahpun melampui batas sehingga menyebabkan kematian. kredit dari Google Menurut Wikipedia ,ensiklopedia bebas mendefisinikan buli sebagai perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas man