Resepi Mee Bandung Resepi Turun Temurun

Lama tak makan mee bandung, teringat akan resepi turun temurun dari mak dan nenek di kampung, kalau makan mee pasti kami akan gorengkan chili dan udang kering yang dihaluskan terlebih dahulu. Memang menyelerakan dengan bau harumnya. mee bandung Pada kesempatan kali ini saya akan berkongsi resepi mee bandung kesukaan saya kepada anda. Tanpa mengulur masa jom kita mulai sahaja. Pagi-pagi sekali saya dah ke pasar tani untuk mencari bahan untuk membuat mee bandung ini. Pasar tani Batang Kali dekat sahaja dari rumah saya. Lebih kurang 5 minit perjalanan. Kat pasar tani kita boleh dapatkan mee kuning yang bebas dari bahan pengawet, tentunya lebih selamat dan sihat jika kita makan mee yang bebas dari bahan kimia kan. Pencarian Mee kuning Mee kuning tanpa bahan pengawet ni, boleh kita cari di pasar tani dan kedai-kedai runcit. Sembari mencari mee kuning, saya ternampak peniaga menjual banyak barangan yang sangat susah di cari pada masa sekarang seperti keladi dan buah-bu