Posts

Showing posts from June 25, 2014

APAKAH PENYAKIT TIBI ITU....???

Image
Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna. Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tibi ( Tubercle Bacilli) yang biasa menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain badan seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit. TANDA-TANDA & GEJALA PENYAKIT TIBI PARU-PARU Batuk berterusan lebih dari 2 minggu Kahak yang mengandungi darah Demam dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam Susut berat badan dan hilang selera makan Sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang Mudah letih CARA JANGKITAN Kuman tibi disebarkan melalui udara. Pesakit tibi akan mengeluarkan kuman tibi ke udara apabila batuk atau bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini terdedah kepada jangkitan kuman Tibi. CARA MENGESAN TIBI Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit Tibi anda akan diminta: Melakukan pemeriksaan kahak dan atau