Bibir, Kulit Dan Kuku Akan Berubah Menjadi Pucat Bila Ibu Mengandung Menderita Masalah Ini

Pagi ini saya membawa anak ke klinik untuk pemeriksaan bulanan bayi. Sekarang usia bayi saya sudah masuk 4 bulan. Biasalah rutin bulanan. Tapi hari ini bayi humairah tak kena cucuk macam bulan lepas. Jadi agak cepat proses kat klinik kali ini. Sambil-sambil menunggu nombor giliran tu saya berborak dengan salah seorang adik yang duduk disebelah saya. Adik ini datang untuk memeriksakan kandungannya yang berusia 7 bulan. Mukanya sangat pucat dan nampak tak bermaya. Adik ini bercerita kena ambik darah setiap 2 minggu sekali kerana "hb" nya yang sangat rendah. Patutlah saya lihat mukanya pucat sahaja. ibu mengandung dengan anemia Apakah Hb itu ? Hemoglobin merupakan molekul protin di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu -tisu dalam badan. Ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam Hemoglobin memberikan warna merah pada darah. Dalam keadaan normal 100 ml darah mengandungi 15 gram hem