Beberapa Hal Yang Sering Terlupa Apabila Hendak Melancong

Cuti sekolah sudah pun bermula, ramai diantara kita yang pastinya sudah merancang untuk pergi melancong atau bercuti ke suatu tempat yang diidamkan selama ini. Melancong atau bercuti ke tempat idaman memang sangat mengujakan dan menyeronokkan. Mungkin kerana terlalu seronok anda akan melupakan perkara-perkara penting yang harus dibawa bersama semasa bercuti atau melancong nanti. gambar hiasan Diantara barang-barang yang perlu anda bawa dan tak boleh anda lupakan iaitu : Dompet/Beg Duit Dompet ini adalah perkara yang teramat penting anda bawa, tanpa dompet tentunya anda tak kan boleh melakukan pembayaran atau pun transaksi keuangan. Tak berapa selamat bila anda tak membawa dompet bukan ? apalagi anda bepergian sendiri. gambar hiasan Pasport Biasanya apabila melancong atau bercuti ke luar negara, anda memerlukan pasport untuk dokumentasi anda. Tapi apabila anda hanya melancong didalam negara sahaja, ianya tidak memerlukan pasport. Jika anda berada di luar