Posts

Showing posts from September 28, 2014

Kekurangan G6PD

Image
Didalam sel darah merah terdapat satu jenis enzim yang bertanggung jawab menstabilkan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD .  (Glucose-6-phosphate dehydrogenase). Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah. Hemolisis berlaku dengan cepat dan ini membawa kepada hemolitik anemia. Ujian darah boleh dilakukan bagi menentukan sama ada individu pengidap kekurangan G6PD ataupun tidak. Pada masa kini, ujian G6PD juga boleh dijalankan secara rutin sebaik sahaja seseorang bayi itu dilahirkan.  Pesakit kekurangan enzim G6PD akan menunjukkan kandungan haemoglobin yang kurang dan bilirubin yang tinggi dalam darah. G6PD ERYTHROCYTE G6PD berlaku akibat mutasi (perubahan) terhadap gen yang terdapat pada kromosom X, iaitu salah satu kromosom yang menentukan jantina seseorang individu.  Kromosom X secara tun