Posts

Showing posts from September 30, 2014

Apakah Kanser KOLOREKTAL..?

Image
Kanser kolorektal merupakan ketumbuhan malignan yang terdapat di usus besar. Pada kebiasaanny, kanser kolorektal  mengambil masa bertahun-tahun untuk terjadi yang mana kemudiannya boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain dan boleh menyebabkan kematian. Kanser kolorektal salah satu dari kanser paling penting di Malaysia dengab anggaran  lebih dari 4500 kes baru berlaku setiap tahun. Ia kerap berlaku dikalangan mereka yang berusia 50 tahun keatas tanpa mengira jantina. gambar diambil dari Google Antara gejala-gejala kanser kolorektal yang mungkin dialami ialah: Kehadiran darah dalam najis atau pendarahan dari dubur Perubahan ketara dalam corak pembuangan aie besar (sembelit atau cirit-birit atau berselang seli antara cirit-birit dan sembelit) Sembelit yang berpanjangan Rasa letih tanpa sebeb yang jelas (akibat kurang darah) Sakit perut Apabila anda mengalami gejala-gejala tersebut hendaklah anda memeriksakan diri ke doktor atau hospital terdekat. Kanser kolore

Kanak-Kanak Sihat Kanak-Kanak Cemerlang

Image
Belakangan ini ramai saya mendapat pesanan dari kawan-kawan yang bertanyakan apa makanan tambahan yang terbaik untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Kanak-kanak seringkali terdedah kepada lingkungan yang tidak sihat seperti asap rokok dan asap pencemaran. Ditambah lagi dengan cuaca yang tak menentu saat ini,  yang membuat si manja sering kali jatuh sakit. Demam, selesema adalah penyakit yang selalu dialami oleh kanak-kanak.  Oleh itu penting bagi kita sebagai orang tua untuk memastikan mereka tetap sihat dan cergas. Adakalanya kanak-kanak mendapatkan penyakit seperti batuk dan selesema kerana persekitaran yang tengah mengalami masalah tersebut, Seperti di sekolah. Mereka terjangkit dari kawan yang sama sekolah dan kelas. Bagaimana nak mengelakkan hal ini daripada berlaku..? Kita boleh mengelakkan kanak-kanak daripada terjangkiti dengan cara membentengi kanak-kanak dengan imun badan yang kuat seperti memberikan vitamin atau makanan tambahan kepada mereka. Makan makanan yang sihat dan