Bahaya Batu Karang Mengancam Anda

Kebanyakan dari kita lengah untuk menjaga kesihatan. Dengan makan terlalu banyak mengikuti hawa nafsu bukan mengikuti keperluan tubuh badan. Kebanyakan makanan yang kita ambil ialah makanan lazat dan tak memenuhi ciri makanan yang sihat. Yang akhirnya menimbulkan banyak masalah kesihatan. Ramai dari kita sakit bukan kerana tak cukup makan tetapi kerana terlebih makan. Itu kerana terlalu kurangnya kesadaran untuk mengambil makanan yang sihat. Jika ada kesedaran sekalipun ianya kadangkala diketepikan demi memenuhi tuntutan nafsu makan biarpun tahu makanan berkenaan boleh memudaratkan. Pihak perunding Urologi, Dr Warren Lo Hwa Loon berkata, tanpa disedari makanan yang kita makan kerana keenakkannya atau diambil kerana inginkan khasiatnya sebenarnya boleh mengundang penyakit jika diambil secara berlebihan. Buah pinggang berperan sebagai alat penapisan bahan toksik. Mineral dan garam asid dalam air kencing boleh termendap di dalam organ berkenaan. tubuh seseorang kekurangan air, baha