Posts

Showing posts from February 1, 2015

Adakah Anda Tahu Manfaat Sentuhan Kulit Ke Kulit Untuk Ibu Dan Bayi Selepas Kelahiran

Image
Sentuhan kulit ke kulit (3K) (skin to skin contact) juga dikenali sebagai kangaroo mother care ( KMC) kerana ada persamaan dengan ibu kanggaru memelihara anaknya. Ia bermaksud meletakkan bayi tanpa pakaian ke atas dada yang terdedah (bare chest) orang dewasa. Ibu adalah pilihan pertama bagi melakukannya, namun sekiranya ibu tidak dapat melakukannya, bapa adalah orang terbaik bagi melakukan sentuhan 3K. Pakaikan bayi lampin ataupun topi sekiranya kuatir dia kesejukan, dan belakang bayi ditutupi dengan selimut atau pakaian.  Kangaroo mother care Mula diperkenalkan pada tahun 1979 di Bogota, Columbia, bagi bayi pramatang. Kemudahan perubatan yang daif disitu memaksa doktor menghantar pulang bayi pramatang tanpa rawatan inkubator. Kadar kematian yang tinggi bagi kes-kes bayi pramatang tanpa rawatan memaksa doktor mengambil langkah alternatif dan sentuhan 3K menjadi pilihan mereka.  Didapati bayi yang menjalani sentuhan 3K lebih stabil suhunya, lebih bersedia bagi p