MANFAAT PENYUSUAN SUSU IBU KEPADA IBU DAN BAYI

Penyusuan susu ibu sangat disarankan oleh semua pihak. Kerana ianya telah dikaji oleh ramai bahwa penyusuan susu ibu sangat baik untuk pertumbuhan bayi. Pada zaman sekarang menyusukan bayi bagi wanita bekerjaya adalah hal yang biasa dan tak ada halangan untuk tetap memberikan susu badan kepada bayi mereka selain sibuk bekerjaya. Susu ibu adalah susu semula jadi dan sangat berkhasiat kepada bayi. Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa. Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi. Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut