Bagaimana Nak Tahu Kanak-kanak Itu Hiperaktif

Kanak-kanak hiperaktif adalah golongan yang memerlukan perhatian terutama diperingkat tumbuh besaran mereka. Hiperaktif merupakan satu pola atau perilaku seseorang yang menunjukkan sikap tidak pernah berdiam diri, payah untuk dikendalikan, tidak memberikan perhatian akan bertindak mengikut kehendak dirinya sendiri yang disebut sebagai ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disirders). kredit dari www.republika.co.id Anak hyperaktif selalu bergerak dan tidak pernah berasa puas dengan permainan atau barang mainan yang disukai oleh kanak-kanak lain yang sesuai dengan mereka kerana perhatian kanak-kanak hiperaktif mudah beralih dari satu fokus ke fokus yang lain. Kanak-kanak normal hiperaktif memang masih boleh ke sekolah dan belajar seperti biasa. Walaupun tumpuannya terhadap pelajaran tidak sepenuhnya dan pencapaian akademiknya mereka mungkin tidak membanggakan . Ini agak berbeza dengan kanak-kanak hiperaktif yang mengalami masalah terencat akal dimana mereka tidak bol