Posts

Showing posts from November 25, 2014

Rawat Kayap Segera Sebelum Terjadi Komplikasi Yang Teruk

Image
Kayap juga dikenali sebagai herpes zoster dalam istilah perubatan. Ianya sejenis penyakit kulit saraf yang disebabkan oleh jangkitan virus varicella zoster   ( VZV). Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf ( dermatone ) pada satu bahagian badan sahaja iaitu bahagian dada (thoraric) dan muka (trigeminal). Pesakit akan rasa sakit, kebas dan panas. gambar dari google Risiko-risiko utama panyakit kayap adalah: Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) dimana ketahanan sistem imun berkurangan  Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman human immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat -ubatan (seperti ubat steroid). Sepanjang hayat seseorang itu lebih kurang 10 % hingga 30 % akan menghidapi penyakit ini. Penyebab penyakit kayap adalah pengaktifan virus varicella zoster . Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila dia  menghidapi penyakit cacar air (chickenpox), selepas cacar air sembuh