Posts

Showing posts from June 17, 2014

APAKAH JAUNDICE ITU....???

Image
Pada kebiasaannya, kebanyakan bayi yang baru dilahirkan di bawa ke klinik kerana penyakit kuning. Bayi kuning atau noenatal jaundice boleh mencecah sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ketiga selepas lahir dan semakin hilang selepas beberapa hari. Apa itu Jaundice (kuning)...? Jaundice berasal dari perkataan Perancis 'jaune yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang di panggil biliburin . Biliburin ini adalah larut air dan akan di hantar ke hati untuk diubah kepada menjadi larut air. Setelah itu sebagian akan dikeluarkan menjadi air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Sebahagiannya pula akan dibuang melalui najis melalui saluran hempedu ( menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Mengapa kebanyakan bayi mengalami Jaundice.? Ada 2 sebab utama yaitu;