3 Bahan Penting Yang Berikan Warna Di Dalam Buah Dan Sayur Yang Anda Ambil Setiap Hari

Buah dan sayur banyak membantu dalam mencegah penyakit dan meningkatkan daya tahan badan. Tetapi tahukah anda bahawa warna pada buah dan sayur juga memberi gambaran kepada jenis nutrien yang terkandung di dalamnya. Antara bahan penting yang memberikan warna di dalam buah dan sayur ialah Karotenoid , Klorofil serta Flavonoid . Buah dan Sayur kaya dengan Nutrien Karotenoid yang terdapat dalam makanan ialah beta - karotin xantofil. Ia boleh dilihat pada buah dan sayur yang berwarna merah kekuningan seperti lobak merah. Selain itu, Likopen xantopil pula terdapat di dalam buah dan sayuran seperti tomato manakala xantofil pula memberikan warna kuning pada nenas. Buah Tomato buah Nenas Karotenoid , Klorofil dan Flavonoid yang terdapat di dalam buah dan sayur dipanggil Fitokimia . Kandungan nutrien bagi setiap makanan adalah berbeza. Warna hijau menunjukkan kandungan klorofil manakala oren memberi maksud terdapat kandungan xantofil. Kajian me