Posts

Showing posts from April 20, 2015

Cara Atasi Bayi Jaundice Agar Cepat Berangsur Pulih

Image
Selalunya sejurus selepas ibu bersalin  pulang kerumah, jururawat klinik kesihatan akan segera datang untuk memeriksa keadaan ibu dan bayi. Memantau kesihatan ibu dan bayi sudahpun menjadi tanggung jawab mereka. Selepas memeriksa ibu, jururawat akan segera memeriksa bayi. Kebanyakan setelah memeriksa bayi, jururawat akan memberitahu si ibu " Puan, anak Puan ade sedikit kuning, Puan perlu membawa bayi ini ke hospital untuk mengetahui paras kuningnya". gambar hiasan Pada anda yang mengalami pengalaman pertama melahirkan bayi, inilah adalah hal yang mencemaskan anda tentunya. Dan pasti ramai ibu-ibu di luar sana yang mengalami hal seperti ini. Hampir dua pertiga bayi yang lahir akan mengalami penyakit kuning fisiologi. Apabila itu terjadi, pasti akan ramai yang memberikan pandangan dan pendapat. Ibu akan merasa cemas dan ditambah lagi bayi yang perlu di masukan ke hospital untuk rawatan lanjut. Masalah yang selalu timbul ialah masalah setibanya di hospital yang se