Kebaikan Buah-Buahan

Buah-buahan juga sama penting dengan sayur kerana mengandungi vitamin dan mineral istimewa yang dapat membantu tumbesaran anak-anak dan juga orang dewasa. Sayur dan buah-buahan perlu di makan setiap hari, itu adalah antara asa pemakanan yang sihat. buah-buahan alternatif terbaik untuk gula tiruan Buah-buahan juga kaya dengan serat dan gula asli. Ia adalah alternatif terbaik untuk menggantikan gula tiruan yang dikaitkan dengan belbagai jenis penyakit. Gula yang berlebihan akan mendatangkan masalah obesiti, malah merosakkan gigi. Kanak-kanak dan manusia memang perlu dan sukakan benda yang manis. Gula yang tidak baik adalah gula yang terdapat di dalam minuman yang berhas (terlalu banyak dan tidak sihat), roti gandum putih, biskut, kek, gula-gula, jeli minuman kotak dan sebagainya. Gula yang tidak baik ini memyebabkan paras gula meningkat dengan tinggi dan turun mendadak secara tiba-tiba. Gula yang asli yang terkandung dalam buah-buahan sememangnya diperlukan. Gula asli ini tid