Penyusuan Susu Ibu Begitu Istimewa Bagi Ibu dan Bayi

Susu ibu amat baik sekali untuk bayi yang baru lahir dibandingkan dengan susu lain. Susu Ibu terpelihara kesterilannya daripada kuman dan hama. Susu ibu pun mudah dihadam. Susu ibu lebih banyak mengandungi Lactase , vitamin dan zat galian yang seimbang. Lactase ialah sejenis enzim yang menukarkan gula dalam susu menjadi glukosa ( gula ringkas) dan galaktosa (gula ringkas yang kurang larut dan kurang manis daripada glukosa). penyusuan susu ibu Walaupun kini para saintis pemakanan telah mencipta "susu formula" yang dihasilkan daripada susu lembu, yang hampir menyamai susu manusia, namun susu itu memerlukan perhatian yang teliti ketika dicampur dan disimpan bagi mengekalkan keadaan sterile (bersih daripada kuman) dan selamat untuk bayi. pelbagai manfaat penyususan susu ibu kepada bayi Dari segi psikologi, aksi bayi ketika menyusu merapatkan rangsangan kasih sayang antara kedua pihak, ibu dan bayi. Hisapan bayi membawa pelepasan hormon dari hipotalamus