Posts

Showing posts from March 20, 2015

Betulkah Bapa Boleh Menyusukan Bayi

Image
Dalam kehidupan sehari-hari kita selalu mengaitkan peranan ibu sangat besar bagi seorang bayi. Tetapi sebenarnya peranan seorang bapa juga tak kalah pentingnya untuk perkembangan dan pertumbuhan bayi. Keluarga yang bahagia memerlukan keseimbangan diantara keduanya. Perlu kasih sayang ibu dan bapa. kanak-kanak merasa nyaman bila dedekap oleh bapa mereka Peranan bapa bukan hanya sekadar mencari nafkah, malah lebih dari itu. Hubungan anak dan bapa sangat diperlukan Semenjak kanak-kanak itu bayi lagi. Benarkah pendapat yang mengatakan penyesuan susu ibu hanya ekslusif untuk ibu sahaja dan bapa tidak perlu ambil tahu? memang benar penyusuan ibu hanya boleh diberikan oleh ibu sahaja tetapi kasih sayang dan perhatian juga bukan tanggung jawab ibu semata. Bapa turut serta dalam hal ini. penyusuan ibu mengeratkan lagi hubungan ibu dan bayi Kajian membuktikan bahwa sokongan padu daripada suami dapat memastikan proses  penyusuan susu ibu  berjalan dengan lancar. Keban