Posts

Showing posts from January 3, 2015

11 Nutrien Utama Yang Diperlukan Oleh Wanita Hamil

Image
Tempoh kehamilan 40 minggu adalah 270 hari pertama daripada tempoh 1,000 hari. Pada masa ini,  keperluan pemakanan wanita hamil  penting untuk menentukan perkembangan kesihatan bayi. Pemakanan adalah aspek penting untuk anak termasuk mereka sedang merancang menimang cahaya mata. Banyak kajian menunjukkan, apabila wanita sihat dengan berat badan normal ketika hamil, kesan pemakanan terhadap janin adalah lebih baik berbanding wanita berlebihan berat badan atau  Obes . Ini kerana risiko terhadap diabetes kepada ibu dan bayi pada masa akan datang jika ibu mempunyai berat badan berlebihan. Oleh itu pentingnya bagi ibu untuk menjaga  pemakanan semasa hamil . Amalkan gaya hidup sihat. Dan makan makanan yang lengkap dengan nutrien dan sihat. Diantara 11 nutrien yang diperlukan ibu hamil diantaranya sebagai berikut : Tenaga tambahan diperlukan wanita hamil pada trimester kedua dan ketiga serta ibu yang menyusui bayi. Ia diperlukan untuk peningkatan berat badan yang sempurna sepanja