TIPS UNTUK KEKAL CANTIK

Ramai yang sanggup berhabisan semata-mata untuk kelihatan cantik. Apatah lagi dengan adanya pelbagai tehnologi terkini telah membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk kelihatan lebih muda dari usianya. Namun begitu, anda memerlukan perbelanjaan yang tinggi bagi mendapatkan rawatan kecantikan seumpama ini. Bagi yang kurang berkemampuan, anda masih mempunyai belbagai cara untuk mengekekalkan kecantikan tanpa berbelanja mahal. Asalkan, anda bijak menggunakan peluang dan kesempatan yang ada di sekeliling anda, umpanya : Mandi dengan air sejuk Biasakan diri anda untuk mandi dengan air sejuk. Terutamanya di awal pagi. Elakkan daripada menggunakan air panas dengan kerap kerana akan menyebabkan kulit menjadi kering. Selain itu hindari mandi dengan air panas, kemudian dibilas dengan air sejuk. Kerana akan membuat kulit menjadi kasar. Bagi melembabkan kulit pula, sapukan pulak losyen sebaik sahaja selepas mandi. Pembersih dan pelembab Untuk mendapatkan kulit wajah yang halus g