Perkara yang Membatalkan Wuduk

Antara perkara-perkara yang boleh membatalkan wuduk ialah : Keluar sesuatu daripada salah satu dua organ pembuangan kotor, sama ada najis, air kencing, wadi, mazi, darah atau angin. Tidur dalam keadaan tidak tetap kedudukan punggungnya. Namun wudhu tidak batal jika tidur dalam keadaan tetap kedudukannya. seperti duduk di atas lantai secara tetap ( tidur dalam keadaan tidur ). Tidur pada asalnya tidak membatalkan wudhu secara mutla, namun ada kemungkinan wuduk boleh terbatal jika tidak disedari keluar sesuatu seperti angin. Mabuk, gila atau tidak sedar diri,ini di qiyaskan dengan tidur kerana boleh jadi semsa tidak sedar diri, mabuk atau gila, seseorang itu tidak sedar bahwa keluar sesuatu daripada dua jalan. Menyentuh lelaki / perempuan, seseorang lelaki menyentuh isterinya atau perempuan lain ( perempuan yang halal berkahwin) tanpa lapik. Menyentuh anggota sulit, menyentuh anggota sulit sendiriatau orang lain tanpa lapik. Perkara yang Disangka