Posts

Showing posts from September 10, 2014

PUPUK MINAT KANAK-KANAK MENABUNG SEAWAL MUNGKIN

Image
Menabung adalah pelaburan yang baik untuk jangka masa panjang.  Sebagai orang tua yang bijak, sudah semestinya kita mengajarkan kepada kanak-kanak agar mereka mulai belajar menabung seawal usia dini. Banyak manfaat dari menabung ini. Salah satunya membolehkan anak berdisiplin dan berjimat cermat . Pada zaman saya kecil, apabila nak menabung saya akan masukan duit sisa dari belanja sekolah ke dalam bekas seperti tin atau bekas roti yang sudah tak digunakan lagi. Pada masa itu hidup susah, jadi apabila mau membeli sesuatu saya harus menabung terlebih dahulu. Apabila tabungan atau bekas roti itu telah penuh, maka barulah saya membeli apa saja yang saya inginkan. Tapi walaupun sudah memiliki uang yang cukup untuk membeli apa yang dihajati, rasanya sayang pulak untuk membelanjakannya. Akhirnya saya berikan duit itu kepada ibu untuk disimpan di bank. Zaman sekarang dengan zaman dahulu jauh berbeza. Kebanyakan dahulu orang tua-tua ada yang menyimpan uang di bawah bantal dan di a

KULIT KEPALA GATAL DAN RAMBUT BERGUGURAN.....???

Image
Dalam cuaca yang panas kita selalu mengalami masalah kulit kepala yang kerap kali menganggu kita. Apalagi kaum wanita yang memakai hijab dan penutup kepala. Bagaimana anda mengatasi masalah kulit kepala yang gatal ataupun bahkan keguguran rambut yang teruk. Bertukar-tukar banyak shampoo juga salah satu penyebab rambut dan kulit kepala bermasalah. Ada kalanya kita mengamalkan petua tradisional untuk mengobati masalah kulit kepala dan rambut ini. Tapi dengan kesibukan anda yang teramat sangat, mustahil anda masih lagi mencuba petua tersebut. Ya nak cepat la katakan, pastinya anda terus membeli macam-macam produk rambut yang ramai di jual dipasaran untuk mengatasi masalah anda tersebut. Kebanyakan produk dipasaran ianya banyak bahan kimia dan cepat merusak rambut. Sehari dua mungkin ianya berkesan tetapi lama kelamaan rambut anda akan gugur dan rusak. Kerana terlalu banyak bahan kimia yang masuk ke kulit kepala anda. Pemakanan juga menjadi penyebab gugurnya rambut. Termasuk kekur