Posts

Showing posts from February 7, 2015

Cara Mengatasi Kutu Rambut Yang Mengganas Di Kepala Anda

Image
Kalau kita dengar perkataan kutu pasti yang terlintas dipikiran adalah rasa geram dan agak sedikit takut dan tiba-tiba pasti anda akan menggaru dan menjadi gatal pulak kan? Hihihi....saja pada kesempatan ini saya nak kupas lebih jauh sedikit tentang kutu ni. kutu rambut Kutu rambut adalah sejenis parasit yang biasanya hidup di bahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada helaian rambut. Telur-telur itu akan menetas setelah lebih kurang dalam 8 hari dan kutu akan cepat merebak melalui sentuhan dengan rambut yang bermasalah. Ia juga dapat melompat ke kepala melalui sikat rambut, topi, bantal dan juga tuala. gunakan sikat rapat  Apakah tanda-tanda anda sudah berkutu? Anda akan mengalami gatal pada permukaan kepala, gatal pada kepala ini akan sentiasa memaksa anda untuk menggaru kepala anda. Ini disebabkan zat yang terkandung di dalam air liur kutu. Tanda lain iaitu tanda merah dipermukaan kepala, leher dan