SUSU IBU JADIKAN ANAK LEBIH BIJAK

Kanak-kanak yang mendapat penyususan ibu menunjukkan perkembangan akademik lebih baik menjelang usia mereka tujuh tahun. Penyusuan ibu boleh meningkatkan prestasi pendidikan seseorang dalam tempoh beberapa bulan selepas memulakan persekolahan, kata penyelidik. Menurut satu kajian kanak-kanak yang mendapat penyususan ibu menunjukkan perkembangan akademik lebih baik menjelang usia mereka lima tahun berbanding rakan sekelas yang diberi susu formula. Penyelidikan melihat penilaian dijalankan guru pada akhir tahun pertama persekolahan, yang mendedahkan bahwa kanak-kanak yang di susui untuk tempoh paling lama memperoleh pencapaian tertinggi keseluruhan. Paling penting, guru yang membuat penilaian tidak menyadari sama ada kanak-kanak itu diberi hanya susu ibu atau susu formula. Sepasukan penyelidik di ketuai Unit Epidemaologi Perinatal Kebangsaan di Universiti Oxford berkata kajian itu membuktikan kanak-kanak yang mendapat penyusuan ibu untuk tempoh lama mungkin memperbaiki