LANGKAH GADIS ITU

LANGKAH GADIS ITU Gadis itu memulakan langkah. Gadis itu tidak tahu kemana harus ditujunya… jalan yang lurus? jalan yang bengkok? kirikah? atau kanankah? Gadis itu terus melangkah langkahnya tidak terancang pincang hatinya menduga… benarkah haluan kakinya melangkah? Dalam kelekaan si Gadis berjalan tiba-tiba gadis itu tersadung lututnya berdarah langkahnya terhenti seketika Gadis itu memandang ke belakang si Gadis tersedar bahawa dia sudah jauh berjalan… tetapi ke mana sebenarnya ingin si Gadis tuju? Gadis itu duduk seketika mendongak ke langit yang luas si Gadis tidak pasti… haruskah si Gadis terus berjalan tanpa tahu ke mana hendak ditujunya? Langit yang tadinya cerah kini kian gelap pastinya hujan akan turun si Gadis gusar… ke mana harus si Gadis berteduh? Gadis itu lantas berlari mencari tempat berteduh tetapi si Gadis tidak menjumpai tempat untuk berteduh titis-titis hujan mulai membasah