Posts

Showing posts from November 1, 2014

Udang untuk Santapan Malam

Image
Hari ini agak berbeza  dari biasa disebabkan ada ayah mertua dirumah, jadi kami akan makan bersama malam ini. Seperti biasa, saya akan bertanya kepada suami "nak saya masakan apa hari ini "? Tanpa pikir panjang suami menjawab "masak la apa-apa janji sedap".  Dengan jawaban begitu saya pun gagahkan masak apa sahaja yang ada kat dalam peti ais. Gulai udang yang dah siap di masak Buka-buka peti ais nampak udang, kacang panjang. Hemm...nampaknya saya masak udang gamaknye. Saya pikir dah lama juga saya tak masak udang masak  gulai . Akhirnya saya siapkan semua bahan untuk masak udang ni. Baiklah mari kita memasak udang gulai kacang panjang. Sebenarnya saya tak pandai masak, tapi tak apa kita cuba ya. Bahan-bahan  yang perlu  kita sediakan diantaranya iaitu: Udang Udang size Sederhana Kacang panjang yang sudah dipotong-potong potong kacag panjang terlebih dahulu santan bumbu halus seperti halia, kunyit, bawang merah, bawang putih