Posts

Showing posts from April 23, 2015

6 Kesan Psikologi Ibu Bapa Mencium Anak Anak Yang Patut Anda Ketahui

Image
Kita diberikan rasa sayang dan belas kasihan kepada bayi dan kanak-kanak. Sangat sempurna sekali apabila sebuah keluarga merasakan kehangatan dan kebahagian diantara mereka. Gelak, tawa, canda dan tangis kanak-kanak menjadi penyeri yang mewarnai hubungan suami isteri dan mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga.  gambar hiasan Pada zaman sekarang ini ramai sekali kes penderaan bayi, kanak-kanak yang kita dengar di media massa dan juga television. Tentunya kita merasakan sangat marah dan benci atas perbuatan segelintir orang yang berbuat demikian kepada kanak-kanak. Ajaran Islam mengajarkan kita agar berbuat lemah lembut kepada kanak-kanak. Mencium kanak-kanak adalah sangat digalakkan dan sangat bermanfaat sekali kepada minda dan perkembangan mereka. Ciuman dapat megeratkan hubungan kekeluargaan dan sebagai bukti kasih sayang kita kepada mereka. Secara psikologi, anak-anak yang selalu diberikan ciuman lebih berdisiplin berbanding dengan anak-anak yang tidak pernah dic