Keistimewaan Susu Ibu

Istimewanya penyusuan ibu untuk si manja Anak lebih bijak, siapa yang tak mahu.? Anak yang diberi susu ibu lebih bijak. Tapi ianya bukan diberi sebulan, dua bulan sahaja. Lebih lama tempoh penyusuan susu ibu, maka lebih bijak dan bergeligalah anaj anda. Susu ibu kaya dwngan enzim dan sangat membantu pertumbuhan dan kematangan sistem imun bayi, mengandungi faktor anti bakteria, bahan pencegah penyakit, asid amino, mineral, zatbesi, taurin yang perlu untuk perkembangan otak, hormon tiroid dan banyak lagi. Susu ibu tidak sama dengan mana-mana susu lainnya, dan ianya tidak boleh ditiru dan tiada tolak bandingnya. Jika kita letakkan susu ubu dibawah mikroskop, anda akan lihat perbezaan ketara antara susu formula dengan susu ibu. Susu ibu kaya dengan sel darah putih yang membantu melawan sebarang jangkitan dan juga mengandungi "fat globules" untuk perkembangan mata dan otak. Rasa susu ibu akan ditentukan oleh pengambilan makanan si ibu. Jika ibu makan durian, susu pun akan