Posts

Showing posts from November 17, 2014

Mengapa Peratusan Lelaki Menemui Ajal Lebih Tinggi Daripada Wanita

Image
Laporan Men's Health Network ( MHN) menyebut, lelaki menemui ajal pada kadar lebih tinggi berbanding wanita akibat 10 penyakit utama iaitu  jantung, kanser,  sekatan pulmonari kronik (COPD) , kemalangan, radang paru-paru atau pneumonia dan influenza, diabetes, kemurungan, buah pinggang serta penyakit hati kronik dan sirosis. kredit gambar dari Goggle MHN menyebut walaupun penyakit jantung  adalah pembunuh utama kedua-dua lelaki dan wanita, hampir dua kali ganda lelaki menemui ajal akibat penyakit lain. Lima pembunuh utama lelaki adalah  penyakit jantung , strok, kemurungan,  kanser prostat  dan kanser paru-paru. Para perunding Radiologi persatuan kanser kebangsaan malaysia ( NCSM), Dr Sulaiman Tamanang, berkata peningkatan kes kanser di Malaysia boleh dikaitkan dengan faktor sosial ekonomi. "Lebih maju ekonomi sesebuah negara, kebarangkalian untuk penduduk mendapat kanser juga lebih tinggi dan kita boleh lihat senario itu di Malaysia kerana kita sedang menuju ke