Posts

Showing posts from October 10, 2014

Berakhirnya Misi 40 Hari Mencari Cinta Part 1

Image
Alhamdulillah berakhir juga program 40 hari mencari cinta part 1. Memang sangat mengujakan dan sangat menyeronokkan sekali. Dalam program ini kami ditekankan untuk disiplin. Memang nampak perbezaan sebelum dan sesudah program ini. Mudah-mudahan membawa kebaikan untuk kami semua yang menyertainya.Memang tak dinafikan banyak kesukaran dan halangan untuk dapat menjayakan misi ini, dengan komitment yang ada kami harus menyelesaikan task yang diberi tepat pada masa yang ditentukan. Banyak cabaran yang harus kami lalui seperti cabaran terputusnya bekalan internet yang memaksa untuk menyelesaikan task di cyber cafe atau ada salah satu anggota keluarga yang sakit hingga membuatkan agak terlambat membuat task dan lain sebagainya. Tapi mujurlah master kami sangat memahami kesulitan-kesulitan tersebut.  Rasa sangat bangga dan puas setelah menamatkan misi selama 40 hari Yang menarik dalam program ini adalah lebih menitikberatkan kepada amalan rohani yang mungkin kalau kita amalkan dala

Aktiviti Sihat Atasi Mengantuk Di Siang Hari

Image
Aktiviti harian anda boleh dikatakan senantiasa sibuk dan padat. Hinggakan tidur anda pun agak lewat malam dan terpaksa bangun pada awal pagi. Dalam keadaan begini, anda sanggup mengambil minuman berkafein untuk memastikan anda senantiasa bertenaga sepanjang hari. Walaupun hirupan kafein bertenaga lebih daripada 8 jam tetapi kafein juga boleh mengurangkan waktu tidur anda. Ada cara lain yang dapat mengatasi masalah anda agar lebih segar untuk melakukan aktiviti harian tanpa bergantung pada kafein.   Diantaranya ialah : Bangun dari tempat duduk dan bergerak Kajian yang dilakukan oleh Profesor Robert Thayer dari California State University mengatakan berjalan kaki selama 10 menit dapat meningkatkan tenaga selama 2 jam. Ini kerana berjalan kaki dapat nenampung darah ke pembuluh darah, otak dan otot. Berbanding mengunyah gula-gula getah, ia dapat memberikan tenaga tetapi juga ia lebih cepat berkurangan. Kudapan sihat Untuk Bertenaga Walaupun makanan manis boleh memberi