Kenapa Anak-Anak Perlu Makan Sayur

Anak-Anak Perlu Mengambil Sayur Menurut pakar pemakanan, anak-anak perlu makan sayur kerana ia adalah antara makanan yang paling banyak mengandungi zat. Sayur membekalkan banyak nutrisi penting seperti vitamin C dan B Complex, mineral, serat, karotenoid dan bahan bio aktif yang dikenali sebagai bahan fitokimia. Nutrien-nutrien ini boleh melindungi anak daripada pelbagai jangkitan penyakit kronik. Sayur memberi imuniti pada tubuh , jika anak tidak makan sayur, maka sistem imun badan mereka menjadi lemah dan tidak bekerja secara optimum. Antara kesannya ialah mereka begitu mudah jatuh sakit. Aneka Sayuran Sayur tidak boleh digantikan dengan makanan tambahan kerana kesannya tidak serupa. Sayur juga tidak mengandungi lemak. Jadi, ia amat baik sekali khususnya buat ibu-ibu yang selalu berdiet. Kanak-kanak tidak boleh bergantung sepenuhnya pada sayuran , kerana ianya tidak cukup untuk pertumbuhan dan tumbuhbesaran mereka. Kanak-kanak amat memerlukan protein terutamanya dari sumbe