Betulkah Bapa Boleh Menyusukan Bayi

Dalam kehidupan sehari-hari kita selalu mengaitkan peranan ibu sangat besar bagi seorang bayi. Tetapi sebenarnya peranan seorang bapa juga tak kalah pentingnya untuk perkembangan dan pertumbuhan bayi. Keluarga yang bahagia memerlukan keseimbangan diantara keduanya. Perlu kasih sayang ibu dan bapa.





kanak-kanak merasa nyaman bila dedekap oleh bapa mereka



Peranan bapa bukan hanya sekadar mencari nafkah, malah lebih dari itu. Hubungan anak dan bapa sangat diperlukan Semenjak kanak-kanak itu bayi lagi.
Benarkah pendapat yang mengatakan penyesuan susu ibu hanya ekslusif untuk ibu sahaja dan bapa tidak perlu ambil tahu? memang benar penyusuan ibu hanya boleh diberikan oleh ibu sahaja tetapi kasih sayang dan perhatian juga bukan tanggung jawab ibu semata. Bapa turut serta dalam hal ini.



penyusuan ibu mengeratkan lagi hubungan ibu dan bayi

Kajian membuktikan bahwa sokongan padu daripada suami dapat memastikan proses penyusuan susu ibu berjalan dengan lancar.

Kebanyakan ibu yang menyusukan bayi dalam masa lama mendapatkan sokongan penuh dari suami dan suami sangat memghargai penyusuan ibu. Seorang bapa sepatutnya mempelajari dan melengkapkan diri mereka tentang penyusuan ibu. Jadi apabila pada suatu ketika ibu mempunyai masalah dengan penyusuan ibu, bapa boleh membantu untuk mengatasi masalah tersebut.


penyusuan ibu yang terbaik untuk bayi

Bagaimanakah perasaan kasih sayag bapa dapat terbentuk kepada anaknya walaupun lelaki tak boleh hamil dan menyusukan ?
Ada yang berpendapat naluri keibubapaan dapat di pupuk dan bapa dapat memilih sama ada menjadi bapa yang baik ataupun tidak tanpa bantuan secara biologi. Namun begitu, kajian kepada haiwan membuktikan hormon oksitosin dan prolaktin memainkan peranan penting dalam menjadi bapa yang baik.

Hormon oksitosin menjadikan haiwan jantan lebih prihatin bagi menyediakan sarang yang baik untuk anaknya. Hubungan bapa dan anak haiwan juga menjadi lebih rapat. 


Sekumpulan penyelidik dari University of  Yales mengambil paras hormon oksitosin bapa yang baru mendapat anak pertama, pada tempoh enam minggu dan enam bulan selepas kelahiran bayi. Mereka mendapati paras hormon oksitosin pada bapa tidak banyak bezanya daripada paras para ibu. Walaupun bapa tidak hamil dan menyusukan anak, hormon oksitosin mereka tetap tinggi.  Kajian ini membuktikan perasaan kebapaan juga dibantu oleh hormon-hormon, sama seperti ibu.

Hormon oksitosin menjadi lebih tinggi sekiranya bapa bermain-main dan berinteraksi dengan anak mereka, juga semasa bermain 'peek a boo' ataupun memujuk anak mereka melihat ke arah sesuatu objek.



bermain dengan anak boleh menhasilkan hormon oksitosin yang lebih tinggi

Bapa boleh mendodoikan anak dengan irama perlahan, zikir, ataupun bacaan Al-Quran. Getaran suara bapa berupaya menenangkan dan menidurkan bayi. Satu cara lagi adalah meletakkan bayi di atas dada bapa yang berbaring. Telinga bayi mendengar degupan jantung dan gerakan perlahan pernafasan bapa seolah-olah membuai bayi sampai tertidur.


Sokongan bapa sepanjang hayat



  • Sokongan suami juga sangat diperlukan bagi ibu yang berhadapan dengan saudara mara yang tak positif dalam penyusuan ibu.

  • Suami dapat mempertahankan keputusan yang diambil oleh mereka suami isteri bagi menyusukan anak.

  • Jangan biarkan isteri keseorangan semasa menjawab segala persoalan dari mereka yang tak bagitu tahu tentang penyusuan ibu.

  • Ada kalanya isteri menghadapi pelbagai masalah dan suami perlu menenangkan isteri dan memberi ruang kepada isteri untuk dirinya sendiri dan mengambil alih tugas isteri untuk menguruskan anak.






Comments

  1. betul tu kak nila. walaupun dorang tak dapat beri susu pada kita tapi ayah ni la pembantu terkuat mak-mak. :) rindu pula pada ayah

    ReplyDelete
  2. sokongan suami ni memang perlu terutama kalau bab penyusuan atau penjagaan anak-anak..isteri pun rasa lebih rilex..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dilema Senggugut Bakal Pengantin

Adakah Anda Tahu Manfaat Sentuhan Kulit Ke Kulit Untuk Ibu Dan Bayi Selepas Kelahiran

Karnival Upin Ipin Picc Putrajaya 2014 Semakin Meriah