Adakah Anda Tahu Manfaat Sentuhan Kulit Ke Kulit Untuk Ibu Dan Bayi Selepas Kelahiran

Sentuhan kulit ke kulit (3K) (skin to skin contact) juga dikenali sebagai kangaroo mother care ( KMC) kerana ada persamaan dengan ibu kanggaru memelihara anaknya. Ia bermaksud meletakkan bayi tanpa pakaian ke atas dada yang terdedah (bare chest) orang dewasa. Ibu adalah pilihan pertama bagi melakukannya, namun sekiranya ibu tidak dapat melakukannya, bapa adalah orang terbaik bagi melakukan sentuhan 3K. Pakaikan bayi lampin ataupun topi sekiranya kuatir dia kesejukan, dan belakang bayi ditutupi dengan selimut atau pakaian. 



Kangaroo mother care



Mula diperkenalkan pada tahun 1979 di Bogota, Columbia, bagi bayi pramatang. Kemudahan perubatan yang daif disitu memaksa doktor menghantar pulang bayi pramatang tanpa rawatan inkubator. Kadar kematian yang tinggi bagi kes-kes bayi pramatang tanpa rawatan memaksa doktor mengambil langkah alternatif dan sentuhan 3K menjadi pilihan mereka. 





Didapati bayi yang menjalani sentuhan 3K lebih stabil suhunya, lebih bersedia bagi penyusuan ibu dan kadar kematian bayi pula jatuh mendadak. Sejak itu, amalan sentuhan 3K mula diperkenalkan ke seluruh dunia terutama ke dunia-dunia barat dan bukan sahaja untuk bayi pramatang, malah untuk bayi cukup bulan yang sihat. 







Kesan positif 3K ke atas bayi termasuk :
  • Bayi rasa selamat dan tenang
  • Mengawal suhu badan bayi
  • Merendahkan kekerapan tangisan
  • Merangsang lekapan yang betul tanpa memerlukan bantuan (self latch)
  • Lebih mudah terjaga apabila lapar
  • Bayi disalut bakteria tidak berbahaya daripada kulit ibu dan mengawal pembiakan bakteria berbahaya pada bayi. 
  • Merangsang perkembangan otak bayi
  • Mengoptimumkan keperluan oksigen
  • Menstabilkan denyutan nadi dan tekanan darah
  • Menstabilkan paras glukos
  • Lebih tinggi kemungkinan bagi menyusu secara eksklusif
  • Merangsang cara hisapan yang betul
  • Kesan dilihat dengan lebih kentara untuk bayi pramatang, namun turut memberi manfaat kepada bayi yang mempunyai masalah penyusuan seperti tidak mahu melekap dengan betul. 

Anak kangguru yang dilahirkan pramatang mempunyai panjang sekitar 2 sentimeter dan berat cuma 1 gram. Ia menyusu dan membesar di dalam kantung ibunya hingga benar-benar matang, iaitu kira-kira 7 bulan hingga 10 bulan selepas itu. 




Bayi pramatang menjalani sentuhan 3K selama sekurang-kurangnya 50 minit berkemungkinan dapat melekap dengan sendiri sebanyak 8 kali lebih tinggi daripada bayi yang tidak menjalani sentuhan 3K. 


Kesan-kesan positif untuk ibu

  • Mengawal suhu badan mengikut keperluan anaknya
  • Menghasilkan susu ibu yang secukupnya
  • Menggalakkan hubungan rapat dengan anak (bounding)
  • Meninggikan paras oksitosin
  • Merangsang naluri otak kanan
  • Ibu lebih tenang, gembira dan yakin dengan diri sendiri terutama bagi menyusu dan menjadi ibu. 
Apabila berada di atas dada ibu, bayi dapat merasakan dunia ini kepunyaan mereka dan ibu pula sangat gembira dapat berhubung dengan anak yang dikandunginya selama sembilan bulan. Kajian mendapati ibu lebih senang mendapat kemurungan sekiranya bayi dipisahkan daripada ibu. 





Bila, Siapa dan bagaimana Kangaroo Mother Care ini dilakukan ?

  • Sebaiknya dilakukan sejurus selepas kelahiran sekiranya bayi itu stabil dan tidak mempunyai masalah besar yang memerlukan campur tangan perubatan
  • Bayi dapat dikeringkan diatas badan ibu dan diletakkan secara menegak di atas dada iaitu di antara kedua-dua payudara ibu.
  • Belakang bayi ditutupi dengan selimut bagi mengelakkan kesejukan. Pemakaian lampin dan topi ataupun baju yang nipis mungkin perlu, bergantung kepada suhu persekitaran.
  • Sebaiknya berlaku dalam tempoh 30 hingga 40 minit hingga sejam selepas kelahiran, bergantung kepada keadaan bayi
  • Mungkin dimulakan agak lewat bagi bayi yang memerlukan rawatan oksigen, iaitu seminggu ataupun lebih selepas kelahiran da bergantung pada kestabilan bayi.


Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15%-20% Anda ingin mengetahui Cara Join Ahli Shaklee..?? Mudah sahaja... hanya klik sahaja disini : 



 join ahli shaklee sekarang.png


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : ct_rania@yahoo.com

Comments

  1. Kangaroo mother care sangat istimewa untuk ibu dan bayi...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Kasih sayang lah yang paling utama. Dengan kasih sayang anak-anak akan lebih sihat dan baik perkembangannya...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Tuan....kasih sayang itula yang terpenting.....

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. Kasih syg ibu kpd anak tak ternilai. Kecik molek baby bole peluk cium puas2 sbb wangikan bau syurga..tetiba rindu nak blik rumah tgh keja ni..hihi

    Jemput baca: 15 Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baby baru lahir sangat special....rindu plak ngan anak-anak masa baby....hihi

      Delete
    2. Baby baru lahir sangat special....rindu plak ngan anak-anak masa baby....hihi

      Delete
  5. Bahagia rasanya bila dapat bersama ibu kan... Rasa dunia lebih selamat.. Kasih sayang semakin erat...

    Suami Perokok Tegar Membimbangkan Isteri Hamil... Bagaimana Cara Membantu Mereka?

    ReplyDelete
  6. Sayangnya bayi di Malaysia bila lahir pramatang, ibu dinasihatkan balik dan hanya datang hanya untuk menghantar susu badan kepada bayi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula...kalau boleh praktice macam kangaroo mother care ni kan bagus...

      Delete
  7. rindunya nak beranak kecik lagi...kasih sayang ibu dengan anak memang terlalu rapat...

    vivix banyak membantu insan-insan tersayang untuk berhenti merokok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasih sayang ibu dan anak tiada tolak banding nya..

      Delete
  8. Best nya bila kenang masa bersalin dulu.. Hilang sakit nya bila tngok anak yg baru lahir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu...zoe rindu nak beranak lagi la tu....hihi

      Delete
  9. Sentuhan ibu memang yang terbaik untuk bayinya. Bayi dapat mendengar degupan nafas ibu seperti di dalam kandungan. Jadi bayi akan rasa sentiasa selamat dan tenang.

    ReplyDelete
  10. Kasih sayang yang tidak ternilai dan tidak boleh di tukar ganti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibu dengan anak memang susah nak digambarkan kasih sayang mereka.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dilema Senggugut Bakal Pengantin

Karnival Upin Ipin Picc Putrajaya 2014 Semakin Meriah