Perlukah Senaman Bagi Ibu Mengandung Untuk Persiapan Kelahiran
Kita selalu dengar orang selalu kata orang hamil tidak boleh melakukan kerja berat dan hanya perlu berehat sahaja bagi mengelak terjadinya komplikasi pada bayi. Sebenarnya, hamil bukan menjadi alasan untuk seseorang wanita hamil duduk dan hanya goyang kaki tanpa melakukan apa-apa pergerakan.
senaman untuk ibu mengandung |
Senaman memberikan kebaikan kepada tubuh badan kita, termasuk ketika hamil. Ia membantu wanita hamil untuk mempersiapkan diri menghadapi proses kelahiran. Melakukan banyak pergerakan membantu mengukuhkan otot, membina ketahanan serta memudahkan mereka mengembalikan bentuk badan asal selepas bayi dilahirkan.
senaman mempermudah persalinan |
Menurut laman web khusus berpusat di Britain, babycenter.com, badan akan mengeluarkan hormon relaxin ketika mengandung yang melonggarkan sendi sebagai persediaan untuk bersalin. Sebenarnya senaman bukan hanya untuk mereka yang sedang hamil, tetapi ianya adalah perlu untuk setiap kita agar badan menjadi sihat dan cergas.
Antara kelebihan melakukan senaman ialah membantu menguatkan jantung, meningkatkan ketahanan otot, mengurangkan simptom cepat letih dan lesu, mengurangkan sakit belakang serta meningkatkan stamina. Ibu hamil disarankan melakukan senaman untuk tempoh lebih lama lagi bagi mengelak diabetes, masalah tulang, tekanan darah tinggi dan obesiti. Pada awal kehamilan, seelok-eloknya digalakkan bersenam tiga hingga lima kali seminggu manakala tiga hingga empat kali pula dalam tempoh akhir kehamilan. Tempoh maksimum pula 40 hingga 50 minit manakala paling minimum 15 hingga 20 minit setiap kali senaman.
lakukan senaman minimum 15 -20 minit setiap kali senaman |
Lakukan senaman hingga badan rasa penat dan jangan paksa badan anda melakukan lebih daripada yang terdaya. Wanita hamil juga dilarang melakukan senaman di tempat yang tinggi dan menyelam. Elak juga memakai pakaian terlalu tebal, kurang minum air putih, bersenam pada masa terik matahari, serta senaman baring selepas trimester pertama.
Nutrisi Ibu hamil |
Penting bagi ibu hamil mengambil makanan yang sihat dan kaya nutrisi, bagi membekalkan nutrisi secukupnya kepada bayi yang tengah dikandung. Pilih makanan yang kaya nutrisi bukan kalori. Pemilihan sumber makanan yang betul membantu menyokong tumbesaran janin dan meningkatkan metabolisme. Selain itu lebihkan pengambilan protein, misalnya telur, tahu, ikan, kekacang dan daging. Pengambilan zat besi seperti bijirin, kekacang dan daging juga penting bagi menambah sel darah merah dalam badan. Sel darah merah membantu membekalkan oksigen dalam sel badan.
set vitamin shaklee untuk ibu hamil |
Senaman sangat penting untuk ibu mengandung.....agar bayi dan ibu sihat..
ReplyDelete