3 Bahan Penting Yang Berikan Warna Di Dalam Buah Dan Sayur Yang Anda Ambil Setiap Hari
Buah dan sayur banyak membantu dalam mencegah penyakit dan meningkatkan daya tahan badan. Tetapi tahukah anda bahawa warna pada buah dan sayur juga memberi gambaran kepada jenis nutrien yang terkandung di dalamnya. Antara bahan penting yang memberikan warna di dalam buah dan sayur ialah Karotenoid, Klorofil serta Flavonoid.
![]() |
Buah dan Sayur kaya dengan Nutrien |
Karotenoid yang terdapat dalam makanan ialah beta - karotin xantofil. Ia boleh dilihat pada buah dan sayur yang berwarna merah kekuningan seperti lobak merah. Selain itu, Likopen xantopil pula terdapat di dalam buah dan sayuran seperti tomato manakala xantofil pula memberikan warna kuning pada nenas.
![]() |
Buah Tomato |
![]() |
buah Nenas |
Karotenoid, Klorofil dan Flavonoid yang terdapat di dalam buah dan sayur dipanggil Fitokimia. Kandungan nutrien bagi setiap makanan adalah berbeza. Warna hijau menunjukkan kandungan klorofil manakala oren memberi maksud terdapat kandungan xantofil. Kajian menyarankan sekiranya kita mengambil 400 sehingga 500 gram buah dan sayur segar, ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung, strok serta tekanan darah tinggi.
![]() |
sayuran yang mengandungi klorofil |
Kalium ialah salah satu mineral penting yang terdapat dalam sayur dan buah. Pengambilan kalium yang rendah boleh meningkatkan tekanan darah. Pengambilan kalium yang banyak bersama disertakan jumlah sodium mencukupi boleh membantu mencegah dan mengurangkan tekanan darah. Justeru, makanan yang kaya dengan kalium contohnya pisang, tembikai dan belimbing membantu mengurangkan risiko mendapat strok.
![]() |
Buah baik untuk kesihatan tubuh badan kita |
Jika tidak mengambil langkah pencegahan, individu yang dikenal pasti mengalami pradiabetes akan mendapat penyakit diabetes dalam tempoh 10 tahun. Antara langkah pencegahan yang perlu dilakukan ialah mengamalkan pengambilan bijirin, sayur dan buah selain mengurangkan berat badan serta meningkatkan aktifiti fizikal.
![]() |
amalkan gaya hidup sihat untuk elakkan Diabetes |
Banyak kajian menunjukkan mereka yang makan banyak sayur dan buah kurang mendapat penyakit kanser. Sayur dan buah mengandungi nutrien serta fitokimia yang bertindak sebagai antipengoksida selain mencegah tindakan karsinogen ( penyebab kanser ) dalam usus. Justeru, ia dapat membantu mengurangkan kerosakan sel dalam badan yang menjadi salah satu punca kanser. Fitokimia juga boleh didapati dalam kobis, bunga kobis dan brokoli.
![]() |
sayur bertindak sebagai anti pengoksida |
Begitu pentingnya peranan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kehidupan kita sehari-hari. Agar tubuh badan kita terhindar dari pelbagai penyakit dan senantiasa hidup sihat dan bahagia disamping keluarga tercinta. Selain mengkonsumsi makanan yang sihat lagi bergizi, ada baiknya juga anda membekalkan seisi keluarga dengan makanan tambahan seperti vitamin yang boleh membuat anda semakin sihat dan ceria. Makanan tambahan yang boleh anda ambil seperti sahaja Vitamin Shaklee, ianya baik untuk seisi keluarga.
![]() |
Vitamin Shaklee yang boleh anda ambil setiap hari |
Amalkan pengambilan buah-buahan dan sayuran setiap hari agar tubuh badan kita siht dan jauh dari pelbagai penyakit.
ReplyDeletesaat ini terasa nak makan buah buahan pulak hehe
ReplyDeleteBuah-buahan memang perlu untuk kulit mak jemah yang cantik tu....kan..? Terima kasih mak Jemah sudi singgah
Deletesuka makan sayur dengan nasi
ReplyDeletetak ada lauk ikan atau daging pun boleh
asal saja ada sayur
Pasti encik teh ramuan ni awet muda orangnya......ye la kan suka makan sayur...
Deleteas salam ini pelbagaikan tapi kita kurang ambil tahu sungguh kecewakan..
ReplyDeleteYa kadang-kadang gaya hidup yang terlalu mencabar ...jadi lupakan nutrisi asas yang memang diperlukan tubuh badan....asik makan fast food je kan....jadi lupa sayur dan buah...terima kasih sudi singgah dear..
DeleteSaya rajin makan buah dan sayur tapi tak pernah tahu nama santifik ni. Hehe. Tq kak nila :)
ReplyDeleteSama sama kaka vitamin
DeleteTengok warna-warna sayur dan buah tu pun dh menarik hati.. Alhamdulillah memang peminat sayur dan buah.. Macam mana la yer rasa orang yang tak suka makan sayur.. Rugi2.. Nikmat alam..^_^
ReplyDeleteSelalu makan sayur dan buah buat kita sihat....orangvtak suka sayur memang rugi...hehehe
DeleteBagusnya info ni. Tak sangka warna pun ada peranannya. Jom makan buah dan sayur-sayuran.
ReplyDeleteJemput Baca: Panduan Penjagaan Ibu Hamil
Jom kita makan sayur dan buah
DeleteSapa yang tak suka makan sayur tu memang rugi kan...pada hal dalam sayur lah banyak khasiat.
ReplyDeletekebaikkan vivix yang harus di ketahui umum
Betul sekali tu kak...
DeleteItulah.suami pun cakap benda yg sama. rugi tau sapa yg xsuka makan sayur n buah
ReplyDeleteJommSihatDanCantik -> SUAMI SENTAP GARA-GARA MASALAH KEPUTIHAN ISTERI
Jom kita galakkan keluarga kita ambik sayur dan buah..
Delete