Udang Menyorok Dalam Taucho Buncis

Selamat berhujung minggu kepada semua. Biasanya kalau hujung minggu begini kita akan masak dirumah untuk seisi keluarga kan ? Atau anda malah mengajak ahli keluarga makan di luar ? Kalau saya dan keluarga setiap akhir minggu memang masak di rumah, masak yang agak special sikit. Hari biasa lah yang kami adakalanya makan di luar sebab banyak pekerjaan dan tak sempat nak masak. Bukan tak sempat nak masak sebenarnya tapi mungkin kerana ahli keluarga semua bekerja dan makan ditempat kerja masing-masing. Jadi agak jarang masak di rumah. Mungkin akan masak untuk anak-anak sahaja.




Udang Menyorok Dalam Taucho Buncis


Kalau nak makan di luar memang seronok, tapi kena pilih juga tempat yang  terjaga kebersihannya, baik dari segi bersih tempat dan makananya. Dan tentunya makanan yang disediakan sedap dan lazat. Pada kesempatan kali ini, saya ingin berkongsi 1 resepi dengan anda. Kebetulan hari ini saya masak untuk seisi keluarga. Saya masak sederhana sahaja sebab hanya memanfaatkan barang dan bahan yang ada di dalam peti ais. Nak berbelanja ke pasar tani tak jadi disebabkan hujan dari awal pagi. Tak apalah guna sahaja apa bahan yang ada.
Saya akan memasak menu yang kami sekeluarga sering sebut "Udang Menyorok dalam Taucho Buncis" kebetulan kami selalu sediakan udang di dalam peti ais untuk rencah-rencah nasi goreng atau mee goreng. Tapi kali ini saya akan gunakan udang tersebut untuk masak sayur pulak.

Bahan-bahan untuk menu ini sangat mudah didapatkan. Diantaranya yaitu :

  • Sayur Buncis
Pilihlah buncis yang hijau dan potong-potong lalu cuci dan rendam seketika. Lalu toskan airnya.




sayur buncis yang sudah di potong serong



  • Santan
Anda boleh membeli santan kotak atau santan segar



kredit dari thyagacook.blogspot.com

  • Bumbu yang dihaluskan seperti halia, bawang putih, dan bawang merah.

Bumbu yang harus dihaluskan

  • Daun Salam atau Bay Leaf dan irisan chli hijau

hirisan chili hijau dan daun salam


  • Udang yang sudah dibuang kepalanya



Udang sederhana

  • Pes Taucho atau kacang masin



Taucho 


Cara membuatnya cukup simple, pertama sekali anda tumis dulu bumbu yang sudah dihaluskan dengan sedikit minya sampai naik bau, kemudian apabila sudah naik bau anda masukkan sesudu atau setengah sudu besar pes taucho atau kacang masin. Setelah itu masukkan santan dan kacau sampai santan menggelegak.


santan yang telah menggelegak

 Setelah santan menggelegak anda boleh masukkan buncis dan juga chili hijau beserta daun salam tadi. Kacau sampai buncis setengah masak dan akhirnya boleh anda masukkan udang. Jangan lupa untuk masukkan sedikit garam dan perasa. Jangan masukkan terlalu banyak garam, kerana pes kacang masin tadi sudah pun masin. Akhirnya siap juga menu kali ini. Anda boleh hidangkan sayur ini dengan nasi panas beserta lauk lainnya sepeti ayam goreng atau ikan. 



masakan siap untuk dihidangkan

Sangat mudah bukan untuk memasaknya. Nah tunggu apalagi ? catat dan anda boleh mulai mencubanya dirumah. Saya harap akhir minggu anda bermakna bersama keluarga tersayang, jangan lupa lepas makan ambil sebiji Omega Guard dan Lecithin untuk bakar lemak yang telah anda makan. Baiklah selamat mencuba resepi ini. Sampai berjumpa pada entry berikutnya.



agen bakar dan nyah lemak

Anda boleh dapatkan set kurus awesome ini DISINI. Sangat mudah sekali bukan ? pesan sekarang.

Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15%-20% Anda ingin mengetahui cara daftar Shaklee..?? Mudah sahaja... hanya klik sahaja disini : 


 Cara Join Ahli Shaklee Secara Percuma


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms)
Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787  Fb page : Qaseh firdaus Shoppe  Email : ct_rania@yahoo.com

Comments

  1. Terliur tengok.. Ni kalau makan dengan nasi panas mak mertua panggil pun tak sedar..😂 hahaa


    Klik sini tips mudah putihkan gigi di rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan ngan ikan goreng lepas tu nasi panas dan sayur buncis nie...memanf meletupsss

      Delete
  2. Lame dah xmkn taucu...nnti nak cuba lah resepi kak nila nie.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya.. x pernah makan tauchu buh santan.. selalu buh kicap je.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buh santan memang sedap...cubalah irene...memang lain rasanyer..

      Delete
  4. tak pernah lagi masak mcm ni..nanti bleh r cuba resepi ni..
    jom baca: Cara Merawat Fibroid dan Cyst

    ReplyDelete
  5. nampak sedap...tak pernah lagi makan masakan yg macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum cuba..belum tahu...kalau dah cuba mesti hari-hari mau.....hihih

      Delete
  6. terliur plak tengok, tetiba perut rasa lapar..nak cuba buat juga lah

    ReplyDelete
  7. Menu yang menarik utk dicuba

    http://peminatvitamin.blogspot.com/2014/11/kenapa-mesti-energizing-soy-protein.html?m=1

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Kalau berjiran...boleh laa kita hari-hari masak kak tun....hihihi

      Delete
  9. Uiyoooo..menarik ni..syu boleh cuba la lepas ni..hehe

    ReplyDelete
  10. sedapnyaaa. suka buncis.. hehe..
    tapi tak pernah masak taucu.. tak tau rasanya...
    My Recent Post : SKINCARE YANG BERKESAN UNTUK SEMUA MASALAH KULIT ANDA

    ReplyDelete
  11. nampak macam sedap..tapi xsuka kacang buncis..boleh tukar dgn yang lain x...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dear....tukar dengan kacang panjang pun boleh...

      Delete
  12. Sayur buncis memang kesukaan! Udang suka jugak tapi bila makan rasa tebal bibir..huhuhu

    panduan memilih tadika

    ReplyDelete
  13. kalau santan kotak xbrapa sedap.tapi kalau yg diperah sendiri musti terangkat habis.silap2 bleh 2pinggan.slurrpp!!

    CANTIK LUAR & DALAM BEB



    ReplyDelete
  14. sedapnya udang tu! kacang tolak tepi..kikiki :) thanks for sharing dear

    ReplyDelete
  15. dah ambil makanan berlemak yang sedap kena ambil suplemen bakar lemak lah pulak ya :D

    :: anmashealthcare.blogspot.com ::

    ReplyDelete
  16. sedapnya..tq ye untuk resepi ni.. =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ROKOK MAMPU MEMBAWA 6 PERUBAHAN FISIK YANG MENGERIKAN

Istimewa Menyambut 100 Tahun Vitalea

Pembesaran Kelenjar Prostat Boleh Menyumbat Saluran Kencing