Phat Phet Teman Sejati Nasi Putih Panas

Hari ini rasanya nak kongsi satu resepi kat kawan-kawan  semua. Dah lama nak buat resepi ni, tapi tak berkesempatan. Kali ini saya buat sempena ade ayah mertua yang berkunjung ke rumah kami. Ayah nak makan pat pet. Apakah phat phet ini ?



Phat Phet

Phat phet makanan yang berasal dari Thailand. Masakan ini berasaskan daging, apabila anda adalah seseorang yang alergik daging atau tak suka makan daging, anda boleh ganti dengan ayam. Tanpa panjang lebar saya teruskan sahaja dengan bahan-bahan  yang boleh anda sediakan diantaranya yaitu;

Bahan yang harus di haluskan

Kunyit
Bawang merah
Bawang putih
Serai
Chili padi
Belacan


bumbu yang dihaluskan


 Daging yang sudah direbus dan dipotong slice



daging yang dipotong slice


Kacang panjang yang di potong lebih kurang dalam 2.5 cm panjang


potong  agak-agak 2,45 cm 

Daun limau
Garam dan penyedap rasa secukupnya



Baiklah pertama kali kita boleh tumiskan dulu bahan yang telah dihaluskan tadi. Tumis sampai naik harum dan masukan daun limau. Setelah naik harum anda boleh masukan kacang panjang. Anda boleh gaulkan  hingga kacang  panjang agak setengah masak, lalu masukan daging yang telah di rebus dan dihiris tipis tadi. Kacau sampai bumbu meresap dan masukan garam dan penyedap rasa secukupnya. Kecikkan api dan kacau sampai kelihatan sudah rata dengan bumbu. Apabila nampak bunbu sudah meresap ke dalam daging, anda boleh tutup api dan hidangkan menu anda di meja makan. Sangat mudah sekali bukan..? Semua orang boleh guna resepi ini untuk menu makan siang anda.

Kacang panjang boleh anda ganti dengan cendawan bila anda tidak menyukai  kacang panjang. Sampai  disini dulu resepi saya kali ini. Mudah-mudahan  anda semua boleh mencubanya di dapur masing-masing. Anda boleh makan hidangan Phat Phet ini dengan nasi putih panas, tomyam ataupun sayur kangkung. Memang menyelerakan, selamat mencuba. 




Phat Phet




Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15%-20% Anda ingin mengetahui cara daftar Shaklee..?? Mudah sahaja... hanya klik sahaja disini : 



 join ahli shaklee sekarang.png


 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : Qaseh Firdaus Shoppe Email : ct_rania@yahoo.com

Comments

  1. Replies
    1. Memang meletups ida makan ngan nasi panas.....huwaaa..pedasss terangkat.

      Delete
  2. Terliur..mesti tak toleh dah kalau dah makan ni..Hmm sedap

    erti penuaan

    ReplyDelete
  3. Akak saya biasa masak phat phet..tapi guna ayam...

    Indeks Glisemik Rendah

    ReplyDelete
  4. First time dengar nie. Macam sedap jerr..macam nak buat jerr.hihii

    JommSihatDanCantik -> TIPS DIET UNTUK PESAKIT KENCING MANIS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurul jangan sampai tak buat...sedap ni....hehehehe

      Delete
  5. Nila memang pandai masak ya...untung ayah mertua cakap je nak makan apa, menantu mesti boleh buat.

    keistimewaan gla complex

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh....saya tak pandai la masak -masak nie...suami tolong ajar ...

      Delete
  6. Wahhh nak try phat phet ni. Mmg nak mencuba lagi pelbagai masakan daging ni

    ReplyDelete
  7. Bahan-bahan ringkas dan nampak mudah..cewah mudah konon,hehe...In Shaa Allah nanti boleh cuba resepi ni..tq dear 4sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la rose....campak-campak jer ni...hihihi....sya pon baru belajar ngan suami cara buat ni...

      Delete
  8. Wahh.. Sedapnyaaa.. Sy Suka mkann Thai.. Kalau k.teow Siam lagi Suka Sgt sgt.. Kak Nila blh kongsi resepi dia.. RESVERATROL : ELAK ANDA MATI CEPAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh sedapnya keutiau siam tu....sila ambik resepi ni fisha.....mesti sedap...heheh

      Delete
  9. pat pet..bunyi pelik tapi ni boleh masuk dengan selera orang malaysia.ringkas dan cepat nak buat

    APA DAH JADI DENGAN PERUT BERANGIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sampai 20 menit syira.....cepat ringkas dan sedap..

      Delete
  10. Hehe peliknya nama. Teringin nak try. :)

    ReplyDelete
  11. Sedap je rupe nyer...lapar lah pulak.nk jgak lah try nnti.tq kak nila share resepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila sue.....mesti cuba yaa...tak rugi...memang sedap...hihi

      Delete
  12. tak pernah dengar nama menu ni....
    tpi menarik jugak utk dicuba

    berkesankah omega guard?

    ReplyDelete
  13. wah resepi baru ni..tak pernah dengar hehehe..lepas ni bolehlah cuba

    ReplyDelete
  14. nampak macam rendang yang dicampur sayur..harus cuba nih..yang penting cukup nutrien ni. Sayur cukup!

    ReplyDelete
  15. Buat lauk pantang pun boleh ni..tolak kacang panjang jek la

    Risau Kena Potong Kaki

    ReplyDelete
  16. Memang sedap.. senang rupanya bahan2 dia.. selama ni tau makan je.. hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dilema Senggugut Bakal Pengantin

Adakah Anda Tahu Manfaat Sentuhan Kulit Ke Kulit Untuk Ibu Dan Bayi Selepas Kelahiran

Karnival Upin Ipin Picc Putrajaya 2014 Semakin Meriah