Sepuluh Manfaat Makanan Berkhasiat Buat Si Manja

Bayi bergantung sepenuhnya pada susu ibu sehingga berumur 6 bulan. Setelah itu,  mereka sudah boleh mula diperkenalkan dengan makanan pejal. Bagi mengetahui apakah makanan yang sesuai untuk mereka, berikut adalah 11 makanan yang paling "akrab" dengan bayi disertai penjelasannya.


gambar diambil dari google

  • Oatmeal /bubur gandum untuk bayi
Bubur gandum /oatmeal kaya dengan sumber karbohidrat. Makanan yang juga kaya dengan serat, vitamin, mineral, protein dan randah lemak ini baik untuk kesihatan orang dewasa dan bayi. Kandungan seratnya baik untuk pencernaan kerana berupaya mencegaj masalah sembelit. Bukan itu sahaja, sifat seratnya yang larut dalam air mampu menurunkan kadar kolesterol.  Malah oatmeal turut membuat perut terasa kenyang dalam tempoh yang lama. Bayi boleh diberikan oatmeal sejak berusia tujuh bulan.



  • Makanan selain nasi
Bayi tidak hanya boleh diberikan nasi sahaja. Sumber karbohidrat lain seperti mi, kentang, jagung, roti, gandum, atau pasta juga boleh diberikan kepada mereka. Pun begitu, sewaktu penyediaannya hindari daripada menambah ramuan yang berlebihan. Si kecil anda boleh mula diberikan makanan tersebut seawal tujuh bulan.




  • Daging Ayam
Ayam merupakan makanan yang kaya sumber protein. Bagi menambah kelazatan bubur nasi bayi anda, daging ayam bersama sedikiy sayuran boleh dicampur bersama dalam bubur. Namun begitu, pastikan kulit dan lemaknya dibuang terlebih dahulu sebelum dimasak.




  • Ikan
Selain tinggi protein, ikan juga memiliki kandungan lemak tak tepu yang sangat bermanfaat untuk pembentukan otak bayi. Si manja anda sebaiknya diberi makan ikan sewaktu mereka berusia sembilan bulan. Cara terbaik penyediaan ikan adalah dengan cara memanggang atau stim keran nilai gizi pada ikan hanya akan berkurangan sedikit. Sementara itu, kaedah merebus ataj menggoreng ikan pula tidak begitu sesuai keran mineral-mineral penting yang terkandung di dalam ikan akan larut dalam air atau minyak yang digunakan.


  • Telur
Telur juga tergolong dalam makanan yang kaya protein. Bagaimanapun, pemberian telur kepada bayi terutama bahagian putihnya akan menyebabkan si kecil diserang alergi. Sekiranya anda masih mahu memberikan si kecil telur, pastikan anda memberikan bahagian kuningnya. Itupun hanya untuk bayi yang berusia tujuh bulan. Disarankan, telur putih boleh diberikan kepada bayi anda setelah mereka berumur sembilan bulan ke atas.





Antara buah-buahan popular yang sering diberikan kepada bayi adalah buah pisang. Namun bukan berarti buah pisang terbaik untuk bayi. Selain pisang, betik, pir, epal, tembikai , mangga. Limau dan avocado juga baik untuk bayi anda. Sebaiknya beri bayi anda makan buah ketika mereka berusia tujuh bulan. Bagi mengelakkan masalah tercekik, rebus atau kukus buah-buahan tersebut agar lembut.






Merupakan makanan olahan susu. Ia boleh mula diberikan kepada bayi seawal usia mereka tunuh tahun atau lapan bulan. Makanan ini baik untuk pembentukkan tulang, gigi dan mencegah risiko penyakit osteoporosis kerana mengandung kalsium dan fosforus.


Beberapa zat makanan yang terkandung di dalam madu adalah fruktosa, protein, vitamin dan mineral. Madu bukan hanya baik untuk pertumbuhan janin dalam kandungan tetapi juga amat baik untuk menguatkan minda kanak-kanak.


Boleh diberikan kepada bayi sejak mereka berusia tujuh atau lapan bulan. Bagaimanapun, bukan sembarangan yogurt boleh diberikan kepada mereka. Yogurt yang boleh diberikan kepada si kecil adalah yogurt asli ( tanpa sebarang penambah perasa). Bagaimanapun, bagi menbah keenakkannya, tidak salah kiranya dicamour dengan buah-buahan lain seperti mangga, pisang, strawberi, kiwi, tembikai, avokado atau betik yang dikisar halus terlebih dahulu.



Pisang atau avocado boleh di campur dengan yogurt

Makanan ini boleh diberikan kepada bayi berusia enam bulan keatas. Mungkin ramaibyang tidak mengetahui bahawa kandungan gizi dalam aiskrim sama nilainya dengan susu. Anda juga boleh memberikan apa sahaja perisa termasuk vanilla, coklat atau strawberry bergantung selera si kecil.







Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15%-20% Anda ingin mengetahui cara daftar Shaklee..?? Mudah sahaja... hanya klik sahaja disini :
 CARA JADI AHLI SHAKLEE SECARA PERCUMA

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : ct_rania@yahoo.com

Comments

  1. Wah boleh bagi ais krim ye... Mesti comel bila baby makan ais krim.. hehehe

    ReplyDelete
  2. pertama kali rasanya baca baby pon bleh makan aiskrim..hihi

    ReplyDelete
  3. sedapnya bila fikirkan aiskrim campur ngn avocado..nyummmm..

    http://sinarcahayamata.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. oh baru kawan tahu aiskrim pun boleh diberi kepada bayi

    ReplyDelete
  5. oh banyak sekali makanan yang bermenefaat untuk bayi , tinggal kita sahaja untuk memilihnya

    ReplyDelete
  6. kalau aiskrim memang laju je baby makan.... termasuk mak baby....heee

    ReplyDelete
  7. wah boleh mkn aiskrim ye..terbayang2 muka bayi comot makan aiskrim, mesti tergedik gedik suka..hehe

    ReplyDelete
  8. Makanan baby ni kadang-kadang menggoda maknya sekali... Sambil suam anak, masuk juga ke mulut mak....hihihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dilema Senggugut Bakal Pengantin

Adakah Anda Tahu Manfaat Sentuhan Kulit Ke Kulit Untuk Ibu Dan Bayi Selepas Kelahiran

Karnival Upin Ipin Picc Putrajaya 2014 Semakin Meriah