PUPUK MINAT KANAK-KANAK MENABUNG SEAWAL MUNGKIN

Menabung adalah pelaburan yang baik untuk jangka masa panjang.  Sebagai orang tua yang bijak, sudah semestinya kita mengajarkan kepada kanak-kanak agar mereka mulai belajar menabung seawal usia dini. Banyak manfaat dari menabung ini. Salah satunya membolehkan anak berdisiplin dan berjimat cermat. Pada zaman saya kecil, apabila nak menabung saya akan masukan duit sisa dari belanja sekolah ke dalam bekas seperti tin atau bekas roti yang sudah tak digunakan lagi. Pada masa itu hidup susah, jadi apabila mau membeli sesuatu saya harus menabung terlebih dahulu. Apabila tabungan atau bekas roti itu telah penuh, maka barulah saya membeli apa saja yang saya inginkan. Tapi walaupun sudah memiliki uang yang cukup untuk membeli apa yang dihajati, rasanya sayang pulak untuk membelanjakannya. Akhirnya saya berikan duit itu kepada ibu untuk disimpan di bank.



Zaman sekarang dengan zaman dahulu jauh berbeza. Kebanyakan dahulu orang tua-tua ada yang menyimpan uang di bawah bantal dan di atas siling rumah. Kerana mereka menganggap lebih selamat bila disimpan disitu. Tapi pada zaman sekarang kita boleh menabung dimana jua bank dan boleh menyimpan uang dalam bekas-bekas yang cantik dirumah.  Menabung sangat baik kerana tentunya kita mempunyai bekal ataupun persiapan di masa hadapan. Contohnya saja apabila terjadi sesuatu pada kita atau keluarga kita yang memerlukan kita untuk mengeluarkan sejumlah uang, maka pada masa itu kita sudah siap sedia dan tak perlu lagi risau.  Itulah hebatnya menabung ini. Maka dari itu marilah kita bersama-sama mendidik generasi muda atau anak-anak kita untuk mencintai amalan menabung ini. Ianya untuk mendidik mereka agar tidak bersikap boros dan berfoya-foya. Masih belum terlambat untuk memulainya.


Dimulai dari sedikit dengan membeli kan anak-anak bekas tabungan seperti tokoh cartoon kesayangan mereka, hadiahkan lah kepada mereka masa hari jadi atau pada kesempatan apa saja. Tumbuhkan minat mereka pada menabung sedari usia dini agar mereka nanti akan terbiasa. Apabila tabungan mereka sudah penuh,  ajaklah mereka ke Bank untuk memasukkan duit itu kedalam account. Sangat bermanfaat sekali bukan...?
 Saya harap perkongsian kali ini membawa kepada kebaikan untuk saya dan anda semua, aamin..insaaAllah...jangan lupa untuk menabung demi anda dan masa hadapan yang cemerlang.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : ct_rania@yahoo.com

Comments

  1. ajar anak kita berjimat cermat dengan menabung
    http://akmalrusyd.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Konsep mendidik anak agar menabung ni sebenarnya memang kita perlu semai seawal mungkin.. InsyaAllah sifat tu akan anak aplikasikan dalam kehidupan mereka sehingga dewasa, insyaAllah..^_^
    http://nurkids2u.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. good sharing :) saya sendiri suka menabung, tetapi masalahnya suka juga berbelanja :-P

    jemput jalan-jalan http://bit.ly/1ulyc8S

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dilema Senggugut Bakal Pengantin

Adakah Anda Tahu Manfaat Sentuhan Kulit Ke Kulit Untuk Ibu Dan Bayi Selepas Kelahiran

Karnival Upin Ipin Picc Putrajaya 2014 Semakin Meriah