Perkara yang Membatalkan Wuduk

Antara perkara-perkara yang boleh membatalkan wuduk ialah :


  • Keluar sesuatu daripada salah satu dua organ pembuangan kotor, sama ada najis, air kencing, wadi, mazi, darah atau angin. 


  • Tidur dalam keadaan tidak tetap kedudukan punggungnya. Namun wudhu tidak batal jika tidur dalam keadaan tetap kedudukannya.  seperti duduk di atas lantai secara tetap  ( tidur dalam keadaan tidur ). Tidur pada asalnya tidak membatalkan wudhu secara mutla, namun ada kemungkinan wuduk boleh terbatal jika tidak disedari keluar sesuatu seperti angin.


  •  Mabuk, gila  atau tidak sedar diri,ini di qiyaskan dengan tidur kerana boleh jadi semsa tidak sedar diri, mabuk atau gila, seseorang itu tidak sedar bahwa keluar sesuatu daripada dua jalan.


  • Menyentuh lelaki / perempuan, seseorang lelaki menyentuh isterinya atau perempuan lain ( perempuan yang halal berkahwin) tanpa lapik. 


  • Menyentuh anggota sulit, menyentuh anggota sulit sendiriatau orang lain tanpa lapik. 



Perkara yang Disangka Membatalkan Wuduk Tetapi Sebenarnya Tidak
Terdapat beberapa perkara yang sering terjadi salah faham padaya sehingga orang kebanyakan menyangka bahwa perkara itu boleh membatalkan wuduk, namun hakikatnya tidak sama sekali.


  • Keluarnya darah kerana berbekam atau terluka,. 
  • Muntah, sama ada sedikit ataupun banyak.
  • Ragu-ragu sama ada berhadas atau tidak
  • Merasakan seolah-olah keluar titisan daripada kemaluan
  • Murtad
  • Ketawa terbahak-bahak.

Wuduk wanita Istihadah
Mustahadah ialah wanita yang mempunyai tempoh haid yang lebih dari 15 hari.  Bagi wanita yang beristihadah, mereka mesti sholat seperti biasa. Cuma mereka perlu membersihkan darah istihadah itusetiap kali sebelum berwuduk. Mereka juga perlu berwuduk bagi setiap kali sholat yang hendak ditunaikan.




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : ct_rania@yahoo.com

Comments

Popular posts from this blog

Dilema Senggugut Bakal Pengantin

Adakah Anda Tahu Manfaat Sentuhan Kulit Ke Kulit Untuk Ibu Dan Bayi Selepas Kelahiran

Karnival Upin Ipin Picc Putrajaya 2014 Semakin Meriah