Kepentingan Insuran Untuk Diri Dan Keluarga

Sebagaimana kita ketahui bersama bahawa ajal, maut, rezeki ada ditangan Allah Swt. Apa yang akan terjadi pada hari esok tiada siapa yang akan tahu. Begitu juga dengan kematian ataupun dengan kemalangan yang terjadi kepada kita ataupun insan-insan yang kita sayangi. Hari ini saya akan sedikit berkongsi dengan anda semua tentang perlunya kita membuat persiapan untuk masa depan orang-orang tersayang dan juga diri kita sendiri, dengan melindungi diri dan keluarga dengan insuran.  Banyak orang yang tidak mengambil berat tentang insuran ini. Mereka selalu berpendapat tidak perlu adanya insuran.

Tetapi bagi saya ianya sangat perlu,  kerana apabila terjadi sesuatu kepada kita, kitapun sudah mempunyai sesuatu untuk persiapan. Bayangkan jikalau terjadi mengejut kepada kita suatu yang tak diingini dan masa yang sama kita tidak mempunyai wang untuk keperluan itu. Alangkah susahnya kita pada saat itu kan..

Mungkin kita ada rumah, kereta ataupun barang kemas pada masa itu, tapi semua itu tidak akan boleh kita jual ataupun kita lelong pada saat itu juga...oleh itu penting kita ada insuran yang menyelamatkan kita dari segi keuangan untuk biaya hospital.


Pada hari ini saya mendengar cerita dari kawan saya yang mempunyai kenalan yang mempunyai seorang anak yang mengalami kanser tiroid. Dan anak ini harus melakukan pembedahan segera. Kos perubatan untuk pembedahan ini sangat besar. Dan mujurlah anak ini di insurankan. Cuba anda bayangkan jika anak ini tak ada insuran, pastilah orang tuanya harus membayar bil hospital yang sangat tinggi.  Itulah sebabnya insuran sangat membantu apabila ada kecemasan seperti ini. Untuk pengetahuan anda saya bukan agen insuran ye..saya hanya berkongsi kepada anda alangkah baiknya jikalau anda mempunyai insuran untuk anda dan anggota keluarga yang lain.
Jangan tunggu sebelum terlambat. ..buatlah sesuatu anda dan keluarga.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : ct_rania@yahoo.com

Comments

  1. Risiko kehidupan semakin memuncak, jadi saya sokong pengambilan insurans untuk mengelakkan kita berada dalam situasi yang terdesak da sukar kelak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Harga Promosi 3 Produk Serentak Pada Januari Ini Yang Pastinya Menguntungkan Pelanggan

Bagaimana Nak Tahu Kanak-kanak Itu Hiperaktif

Kurus Dengan Teknik Yang Mudah Dan Berkesan Tanpa Bahan Terlarang