Keistimewaan Susu Ibu

Istimewanya penyusuan ibu untuk si manja

Anak lebih bijak, siapa yang tak mahu.? Anak yang diberi susu ibu lebih bijak. Tapi ianya bukan diberi sebulan, dua bulan sahaja. Lebih lama tempoh penyusuan susu ibu, maka lebih bijak dan bergeligalah anaj anda. Susu ibu kaya dwngan enzim dan sangat membantu pertumbuhan dan kematangan sistem imun bayi, mengandungi faktor anti bakteria, bahan pencegah penyakit, asid amino, mineral, zatbesi, taurin yang perlu untuk perkembangan otak, hormon tiroid dan banyak lagi.


Susu ibu tidak sama dengan mana-mana susu lainnya, dan ianya tidak boleh ditiru dan tiada tolak bandingnya. Jika kita letakkan susu ubu dibawah mikroskop, anda akan lihat perbezaan ketara antara susu formula dengan susu ibu. Susu ibu kaya dengan sel darah putih yang membantu melawan sebarang jangkitan dan juga mengandungi "fat globules" untuk perkembangan mata dan otak.
Rasa susu ibu akan ditentukan oleh pengambilan makanan si ibu. Jika ibu makan durian, susu pun akan rasa durian.  Jadi, anak-anak yang diberikan susu ibu lebih mudah menerima makanan yang pelbagai rasa kelak dan deria rasa mereka juga akan berkembang dengan baik.


Susukan bayi mengikut kehendak mereka. Tiada waktu atau had umur yang tertentu. Apabila bayi anda sudah kenyang, mereka dengan sendiri akan melepaskan puting. Jangan anda letakkan had masa penyusuan kepada bayi anda. Biarlah ianya normal seperti kehendak bayi sahaja. Jangan tunggu bayi menjerit dan merengek. Sukar untuk memberikan susu kepada mereka dalam keadaan merengek. Itu juga antara sebab mengapa mereka tidak mahu menghidap payudara anda.  Sekiranya mereka menangis, anda perlu menenangkan merka dulu dan cuba lagi setelah mereka berhentu menangis.

Penyusuan ibu memang agak sukar apalagi pada minggu dan bulan pertama. Tetapi perlu diteruskan juga untuk membuat anda lebih terlatih. Minumlah segelas air suam sebelum dan selepas mengepam atau menyusu.  Makan dengan teratur dan  berzat.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : ct_rania@yahoo.com

Comments

  1. Istimewanya susu ibu bagi bayi....Itulah kekuasaan Allah yang menjadikan susu ibu begitu sempurna hingga sangat baik untuk baby..

    ReplyDelete
  2. ibu adalah istimewa.. dan susu ibu juga sangat istimewa untuk kesihatan anak.
    www.annur-shoppe.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Harga Promosi 3 Produk Serentak Pada Januari Ini Yang Pastinya Menguntungkan Pelanggan

Bagaimana Nak Tahu Kanak-kanak Itu Hiperaktif

Kurus Dengan Teknik Yang Mudah Dan Berkesan Tanpa Bahan Terlarang