Icip-icip Cucor Kentang Isi Daging

Icip-icip Cucor Kentang Isi Daging

Sejak kebelakangan ini cuaca agak sejuk sedikit, dek kerana hujan dari tengah hari sampai ke petang. Alangkah baiknya kalau tengah hujan-hujan tu kita menikmati cemilan-cemilan ringkas dengan secawan teh atau kopi. Entri kali ini saya beranikan diri untuk berkongsi resepi kepada anda semua. Barangkali resepi ini boleh anda cuba di rumah untuk santapan petang bersama keluarga anda. Tak banyak bahan-bahan yang anda harus sediakan. Diantara boleh anda dapati dalam peti ais di rumah anda.



Diantara bahan-bahannya yaitu ;

  • Tepung gandum 1/4 kg
  • Tepung beras 1/6 kg
  • Telur  1 biji
  • Minyak untuk menggoreng


Bahan yang dihiris

  • Sayur kubis
  • Kentang yang diiris panjang
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Carrot
  • Bawang merah

Daging sebaiknya dihiris dulu agar mudah dikisar
Bahan yang dihaluskan

  • Bawang merah
  • Ketumbar
  • Chili padi (mengikut selera anda)
  • Daging/ayam yang di kisar ( mengikut cita rasa anda )

Air secukupnya
Garam dan penyedap rasa

Baiklah sekarang anda perlu mengaul tepung gandum dan tepung beras dengan sedikit air...lalu masukkan bumbu yang sudah dihaluskan tadi. Gaul sampai rata dan masukan bahan-bahan yang di iris serta daging /ayam yang dikisar. Gaul sampai rata...apabila kurang air, anda boleh menambah sedikit sampai campuran seimbang. Terakhir anda boleh masukkan garam dan penyedap rasa dan panaskan minyak.

Adunan siap untuk digoreng

Goreng dengan minyak yang panas sampai kuning keemasan.  Angkat dan sajikan dengan saos chili atau saos tomato kegemaran anda. Makan disaat panas-panas.  Selamat mencuba.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : ct_rania@yahoo.com

Comments

  1. Sajikan Icip-icip cucor kentang isi daging dengan secawan Cinch Tea di kala hujan turun ....memang menenangkan pikiran....

    ReplyDelete
  2. Wahh bole cuba ni..♡

    Jemput ke blog saya:
    http://iras-secret-of-healthy-life.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. hoho...sedapnya cucur kentang ni. boleh buat utk minum petang ni. jom kita tukar2 resepi pulak. silalah cuba resepi tat coklat saya. simple dan sedap.

    ReplyDelete
  4. biasa buat jemput bilis atau jemput bawang je.. nanti nak try la resepi ni, menyelerakan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dilema Senggugut Bakal Pengantin

Adakah Anda Tahu Manfaat Sentuhan Kulit Ke Kulit Untuk Ibu Dan Bayi Selepas Kelahiran

Karnival Upin Ipin Picc Putrajaya 2014 Semakin Meriah