Berlapangkan Dada Saling Memaafkan

Berlapangkan Dada, Saling Memaafkan


            Kegembiraan, kemeriahan, keindahan, kesyahduan, kesyukuran dan pelbagai lagi rasa hati dan perasaan letaknya di hati kita. Semua itu memerlukan kelapangan hati untuk menerimanya. Jika hati kita sempit bagaimana kita mampu menampung segala perasaan itu. Antara perasaan yang memberatkan hati dan menyempitkan jiwa ialah kemarahan. Apabila api kemarahan menyelumbungi hati seseorang maka akan mempengaruhi jiwa seseorang itu. Jangan biarkan api kemarahan menguasai diri anda. Lapangkan perasaan untuk selalu memaafkan dan menerima apa yang terjadi dengan berlapang dada. Insan yang permaaf akan menikmati kelapangan jiwa dan perasaan. Kelapangan hati inilah yang sebenar-benarnya membawa ketenangan hidup.

          Saling memaafi akan membuka pintu keberkatan dan rezeki dalan hidup. Keberkatan hidup akan membuka kepada kelapangan rezeki dan rezeki yang berkat akan melapangkan hidup seseorang. Hutang akan berkurangan, pendapatan akan bertambah selesa. Sebaliknya hati yang tidak memaafkan akan menanggung kesakitan. Sakit hati tidak akan pulih, kedukaan akan meliputi diri dan juga menghakis kebaikan amal. Cubalah untuk saling memaafi antara satu sama lain dan panjangkan tali silaturahim sesama kita. Jauhi sifat kebencian dan tanamkan sifat kasih sayang. Hidup ini terlalu singkat untuk kita saling membenci dan menyakiti. Janganlah mencipta musuh dan lawan sepanjang kehidupan. Tabahla dalam melalui liku- liku hidup kerana ketabahan akan membawa kepada kebahagian. Kasihilah diri kita dengan memberi kemaafan kepada saudara yang lain. Kemaafan lambang kasih sayang. Kepada yang masih perang dengan kemarahan,  kebencian dan dendam fikirlah jauh-jauh. Dendam dan marah tidak membawa apa- apa selain kesakitan dalam jiwa. Maka berilah kemaafan.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : ct_rania@yahoo.com

Comments

  1. Marilah saling memaafkan sesama kita....selain dpatkan ketenangan...pintu rezeki pun akan terbuka luas untuk kita..

    ReplyDelete
  2. Sedang mencuba untuk berlaoang dada untuk memaafkan semua orang.. Mencuba berlapang dada untuk menerima kritikan, hinaan dan kutukan dari orang.. Semoga dipermudahkan..

    http://farishmomvittashoppe.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Harga Promosi 3 Produk Serentak Pada Januari Ini Yang Pastinya Menguntungkan Pelanggan

Bagaimana Nak Tahu Kanak-kanak Itu Hiperaktif

Kurus Dengan Teknik Yang Mudah Dan Berkesan Tanpa Bahan Terlarang