TIPS UNTUK KEKAL CANTIK

Ramai yang sanggup berhabisan semata-mata untuk kelihatan cantik. Apatah lagi dengan adanya pelbagai tehnologi terkini telah membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk kelihatan lebih muda dari usianya. Namun begitu, anda memerlukan perbelanjaan yang tinggi bagi mendapatkan rawatan kecantikan seumpama ini.


Bagi yang kurang berkemampuan, anda masih mempunyai belbagai cara untuk mengekekalkan kecantikan tanpa berbelanja mahal. Asalkan, anda bijak menggunakan peluang dan kesempatan yang ada di sekeliling anda, umpanya :


  • Mandi dengan air sejuk

Biasakan diri anda untuk mandi dengan air sejuk. Terutamanya di awal pagi. Elakkan daripada menggunakan air panas dengan kerap kerana akan menyebabkan kulit menjadi kering. Selain itu hindari mandi dengan air panas, kemudian dibilas dengan air sejuk. Kerana akan membuat kulit menjadi kasar. Bagi melembabkan kulit pula, sapukan pulak losyen sebaik sahaja selepas mandi.


  • Pembersih dan pelembab

Untuk mendapatkan kulit wajah yang halus gunakan gunakan pembersih dan pelembab yang sesuai dengan kulit. Seminggu sekali manjakan wajah anda dengan masker. Pada waktu malam gunakan krim malam  bagi menanggalkan sel kulit mati dan memperbaiki struktur kulit. Jika wajah sellau terdedah pada penghawa dingin atau cahaya matahari pastikan anda menggunakan pelembab dan krim pelindung matahari yang bersesuaian.


  • Penggunaan minyak Zaitun

Minyak zaitun sangat efektif bagi mengatasi masalah kekeringan kulit. Untuk mendapatkan kuku yang sihat dan lembut, gunakan minyak zaitun yang telah dipanaskan pada bahagian kuku. Minyak zaitun juga boleh untuk menanggalkan sisa solekan mata anda.



  • Senantiasa membersihkan sisa solekan

Sikap malas membersihkan sisa solekan terutamanya akibat keletihan seringkali menjadi punca kepada masalah kulit. Apabila sisa solekan tidak di bersihakan dengan sempurna, ia akan menyebabkan pori-pori kulit tersumbat serta seterusnya menimbulkan masalah kulit bermiyak, berjerawat dan berjeragat. Justeru, bersihkan wajah anda setiap kali sebelum tidur. Gunakan pembersih atau susu pembersih yang bersesuian.


  • Penjagaan makanan

Tabiat makan anda juga merupakan salah satu punca kepada masalah kulit serta kesihatan tubuh. Jadikan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai kudapan wajib pada setiap hari.  Serat dan vitamin yang terdapat dalam buah dan sayur amat berguna untuk kesihatan kulit anda.



  • Senantiasa berpikiran positif

Usah bebankan fikiran anda dengan belbagai masalah. Tekanan atau terlalu memikirkan masalah sebenarnya mampu membuatkan diri anda kelihatan lebih tua dari usia.  Senantiasa berpikiran positif dan ceria selalu. Misalnya ketawa. mampu mengencangkan otot wajah sekaligus menjadikan wajah anda senantiasa muda dan segar.




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : ct_rania@yahoo.com

Comments

Popular posts from this blog

Harga Promosi 3 Produk Serentak Pada Januari Ini Yang Pastinya Menguntungkan Pelanggan

Bagaimana Nak Tahu Kanak-kanak Itu Hiperaktif

Kurus Dengan Teknik Yang Mudah Dan Berkesan Tanpa Bahan Terlarang