PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT



Keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan ramai sakit. Bilangan pesakit yang demam, batuk dan selesema semakin meningkat, tidak terkecuali bayi dan kanak-kanak. Namun, jangan pandang ringan jika anak yang demam bertambah lesu, ditumbuhi ruam dan lepuh pada tangan, kaki serta mulut. Ini mungkin gejala penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), penyakit yang biasa dalam kalangan bayi dan kanak-kanak, terutama yang berusia bawah 10 tahun disebabkan virus.
Penyakit ini berlaku di seluruh dunia (endemik). Penyakit HFMD tidak diketahui di malaysia sehingga tahun 1998,  berikutan kejadian wabak HFMD di Sarawak pada tahun sebelumnya, yang menjangkiti lebih 2,000 penduduk di negeri itu hingga menyebabkan kematian.

Punca 

  • HFMD berpunca daripada jangkitan VIRUS COXSACKIE A16 adalah penyakit ringan dan hampir semua pesakit pulih antara ujuh hingga 10 hari. 
  • HFMD disebabkan ENTEROVIRUS EV71 mungkin dikaitkan dengan komplikasi neurologi seperti aseptik meningitis dan encephalitis
  • Kes JANGKITAN ENCEPHALITIS membawa maut berlaku ketika wabak HFMD di Malaysia pada tahun 1997 dan di Taiwan pada tahun 1998 disebabkan EV71

Gejala

  1. HFMD bermula dengan demam sederhana, tidak berselera, letih atau sakit dan kerap sakit tekak.
  2. Satu atau dua hari selepas demam bermula, lepuh muncul dalam mulut. Ia bermula sebagai lepuh merah  kecil dan kemudian menjadi ulser dalam lidah, gusi serta bahagian dalam pipi.
  3. Ruam kulit berlaku satu atau dua hari, sesetengahnya dengan lepuh pada tapak tangan atau tapak kaki.


Cara Jangkitan

  • HFMD mudah berjangkit
  • Virus boleh berpindah daripada mangsa kepada individu lain menerusi sentuhan langsung dengan cairan didung dan tekak, air liur, cecair daripada lepuh atau najis individu yang dijangkiti.
  • Virus itu mungkin hidup dalam najis individu dijangkiti sehingga sebulan.
  • HFMD tidak berjangkit daripada haiwan peliharaan atau haiwan lain.

Rawatan

  • Ketika ini, tiada ubat antivirus khusus atau vaksin diperoleh.
  • Jika ia menjejaskan kanak-kanak dengan menyebaban demam, beri paracetamol atas cadangan doktor, sapu gel untuk tumbuh gigi bagi mengurangkan kesakitan dalam mulut dan pakaikan pakaian nipis, kerap lap tubuh dengan air suam serta letakkan mereka di bawah kipas.
  • Kerap beri susu badan atau formula, air atau jus selain memantau suhu badan.
  • Beri makan aiskrim untuk mengurangkan lepuh dalam mulut

Cara Mencegah

  • Jangkitan boleh dikurangkan dengan amalan kebersihan.
  • Kerap cuci tangan terutama selepas menyalin lampin, selepas menggunakan tandas dan sebelum menyediakan makanan.
  • Kekalkan kebersihan rumah, pusat penjagaan kanak-kanak, TADIKA atau sekolah dan persekitarannya.
  • Bersihkan permukaan tercemar dan barangan kotor dengan sabun serta air, kemudian nyah kuman dengan campuran cecair peluntur klorin.
  • Elakkan membawa anak kecil ke tempat sesak seperti pusat beli-belah, pawagam, kolam renang, pasar atau stesen bas.
  • Bawa anak ke klinik dengan segera jika menunjukan sebarang gejala.
  • Elak berhubung rapat (bercium, memeluk atau berkongsi alatan sekolah) dengan kanak-kanak yang dijangkiti bagi mengurangkan resiko jangkitan.


3-6  hari tempoh inkubasi virus sebelum gejala muncul

7-10 hari tempoh pesakit boleh pulih daripada jangkitan tanpa rawatan

2628 kes HFDM dicatatkan di Serawak pada tahun 1997 dengan 31 kematian. Sebanyak 29 keatian itu disahkan disebabkan oleh EV71


Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : ct_rania@yahoo.com

Comments

Popular posts from this blog

Dilema Senggugut Bakal Pengantin

Adakah Anda Tahu Manfaat Sentuhan Kulit Ke Kulit Untuk Ibu Dan Bayi Selepas Kelahiran

Karnival Upin Ipin Picc Putrajaya 2014 Semakin Meriah